Kebun Rimba Private Estate, Janda Baik

Last night, lambat mata nak melena. Plan tetiba ni wajib ada sebab esok aku off! Heheheh! Haruslah menggunakan peluang yang ada untuk berlibur. Kali ni, tak jauh dari Kolumpo. Tak larat la nak bersesak jejauh! Penat! Okay, kita try menginap di Kebun Rimba Private Estate, Janda Baik! Kami dah terlajak sampai ke 'hutan pines' tu. Mujur ada orang buat kerja atas tu, kami turunkan tingkap and tanya. 
Pintu masuk. Pagar akan ditutup sekitar jam 11 malam

Sampai sini dah lajak tau?





Urusan checked in, mudah. Tiada deposit dikenakan.








Deal dengan Irfan kalau nak ke air terjun






Sightseeing ke Pool atas
Pecah minyak + pecah lemak gak ni!








Kawasan rumah kayu lama yang berusia lebih dari 100 tahun. Kalau family besar nak gather memang sesuai! Kami just jalan-jalan sebelum keluar pagar turun tangga attach dengan Bidaisari Resort. Cadang nak minum Nescafe sedap kat cafe Bidaisari, tapi takde orang kat situ sebab busy dengan acara dr PNB family day. Kami pun menyibuk je kat situ tadi. 








Kawasan Bidaisari Resort nak ke ATV
Kami dah tempah makanan jam 7 malam, tapi 6.45pm pintu bilik dah diketuk sebab kami dah pesan, nak makan dengan kadar segera! We are so hungry tau? Penat naik turun bukit dan tangga! Denai dan lurah! Cewaaahh! Padahal sendiri yang tak fit nak buat semua aktiviti tu. Kos dinner kami, RM108.50.
Kurlassss! Hadap bukit bukau 






Hanya ada 3 rooms je berpenghuni malam ni! Adoihhh! Jam berapa aku plan nak tidur ni?? Okay, jam 9 memasing dah mengantuk! Sebelum memasing terjaga jam 3 pagi! Jeng-jeng-jeng! Air aircond menitis so, bunyi tap-tap-tap tu ambil masa jugak nak berhenti. Tiada nyamuk yang hello malam tadi.


Kalau bosan, korang boleh berekreasi dengan kawan or family members kat ruang atas dekat dengan tempat makan. Ada buku-buku disediakan.


Sarapan esoknya adalah termasuk dengan harga bilik





Kawasan tasik hanya 100 meter dari Kebun Rimba



Comments

Popular Posts