The Waterway Villa, Bentong Pahang

Bersempena cuti bersambung 1 Muharram pada hari Jumaat, 27 Jun 2025, maka kami ambil kesempatan nak bermusafir ke Pantai Timur (Pata Timo). Mujur tak sempat ke KB! Kalau tak, molek doh raso ike bekok hangat dari Tumpat nuuu! Risiko banyok keto deh! Half day leave and stayed at The Waterway Villa Bentong sebelum esok paginya kami ke Setiu pulak. 
Kena called nombor tertera di pintu masuk untuk crew bukakan pagar















Pada malam ni, hanya kami sahaja yang menginap! Jeng-jeng-jeng! Aduhhh! Dengan hujan lebat lebih kurang 30 minit, kami hanya lepak hi tea di lobi merangkap tempat makan. Harga bilik adalah termasuk dengan makan dari breakfast, hi tea & dinner. Mostly yang stay kat The Waterway Villa untuk buat team building. Connie (wife owner) bagitau MF kalau nak buat team building dia boleh bagi discount 10%. 


Our hi tea menus








1 game/RM4






Sesak dada aku terhidu klorin kuat waktu main slide tadi! Mujur tak jadi pape















Boleh makan durian! Cuma ada Musang King malam ni. Blacktorn baru berbunga
Our dinner (untuk 4 orang) sangat meriah! Kami dah pesan kat tukang masak, as kami hanya 4 orang ni, esok jangan masak banyak. Cukup sekadarnya saja. Pastu dia jawab, "kalau Chinese aahhh... dia cakap sulah bayar.. habis atau talak habis, lain celitaaa... " Kami senyum ja. Sebab tak nak membazir. Sebab tu pesan siap-siap. 
After timbang, RM34 untuk 6 ulas
Puas la MF makan sorang!
Gambarajah sarapan pagi kami. Itupun dia tanya nak masak apa-apa lagi tak??? Ohh jangan! Ini pun dah cukup ramai makanan kami! Hari ni, ada 93 orang yang akan stay kat sini untuk team building. Meriah la resort selama 3D2N. Waktu nak checked out, Connie asked us to join jalan-jalan naik buggy ke kebun durian. Aku tengok jam and maps ke Terengganu, masih relevan perjalanan yang bakal ditempuh, so why not?

Kawasan villa sangat luas ye?




Sayup terlihat resort di puncak


Bunga durian








Dulu ada trip jungle trekking, tapi dah tak buat sebab many complaints said banyak pacat during trekking tu. Naik buggy lebih mudah untuk kami yang malas nak naik turun bukit! Heheheh!

Comments

Popular Posts