Datanla New Alpine Coaster, Da Lat
Dari subuh, kami official hire driver Grab kami. Kami namakan dia Pakcik Nguyen yang pendiam, nak bercakap dalam English pun tak pandai dan agak blur. Tapi, mesti zaman muda dia hensem! Sebab dia dah tua berkedut pun masih tampak segak cuma agak lambat nak loading bila kami nak tanya atau mintak something! Huhuhu! As per requested, memang agak mahal untuk dari jam 8 pagi (siap dia tunggu kami bersiap sejam) hingga jam 6pm (sepatutnya kami dealed until jam 10pm) tapi kami skip jalan kaki saja nak ke pasar malam Da Lat. Bagi la Pakcik Nguyen balik rehat, but still kami bayar penuh. Anggap la tu zakat kami kat perantauan.
Before this kawan NF ke Da Lat, dealed with 1.8 Juta Dong untuk 2 hari (8-6 pm). Kami bayar hari ni 1.2 juta Dong sehari dari 8 pagi hingga 6 petang. Aku serah je hardcopy itinerary kami ke Pakcik Nguyen. Pandai la dia set masa. Kami nak jimba je kat sini.
Firstly, kami ke Datanla New Alpine Coaster. Aktiviti kali ni, aku dah booking dari Klook.
Tukar voucher yang Klook hantar tu ke tiket ni
Susah sket nak pegang handphone. Risau terjatuh je waktu ride
Sedap la eskrem pisang+coconut+peanut ni... Harga 35k Dong kalau tak silap
Nak balik, kena naik alpine coaster lagi. Kali ni laluan memang mencabar and curam!
Niat di hati nak main zipline. Menarik jugak tengok orang main kat bawah tadi. Tapi, memang less safety tau? As NF ni safety officer bab harness memang dia jaga. Dia takmo naik. Tapi aku eager to naik zipline. Maklum la... jenis ketegaq (degil) heheheh!
Kalau jadi naik, kena bayar sejuta Dong untuk combo. Naik zipline 1.5km, then naik zipline bawah tu pulak, dalam 200m camtu. Then, naik lagi alpine coaster untuk ke atas. Tapi tetiba under maintenance! Whaaattt??? Maknanya tadi kami naik alpine coaster tu sebenarnya ada problem? Mujur kami tak apa-apa... selamat sampai rumah! Pheww!













































Comments
Post a Comment