Naik sleeper bus ke Da Lat (Dari Bến xe Miền Đông Mới: New Eastern Bus Station Ho Ch Minh)

Penerbangan kami dari Kuala Lumpur smooth dan turbulence happened saat kami sedang rancak berborak apa nak makan sesampai nanti. Kamjad mak nyaahhhh! Kusss semangat! **Sekejap je insaf, pastu sambung berbuat lagha. Ceh!

Oleh sebab kami beli fast lane during arrival di Tan Son Nhat Airport, laju jela kami queued kat immigration. Ada kala, dekat 3-4 jam jugak kena queue nak lepas immi! Tak kuasa la haih! Kami chase nak ke station bas lagi ni! 

Dalam 30 minit beratur, settled urusan kemasukkan kami ke Saigon! Yeeeyyy! Penat hilang sket sebab mata dah mengantuk. Perut dah lapar. Makanan halal hanya berjarak 9.4km dari airport, tapi ambil masa selama 45 minit berkereta? Ohh tidak! Rushing pulak nak ke New Eastern Bus Station. Malam ni, kami akan naik sleeper bus ke Da Lat.

Dari airport, SK booked Grab, charged us 282k Dong. Driver cuba meracun kami, dengan membuat ayat manis nak hantar kami terus ke Da Lat. Ohhh tidak.. naik kereta sempit begini selama 6 jam??? Tidaaaakkk! Kami nak tidur!


Dah sampai station bas baru
Kami beli tiket bas dari Klook. So cari kaunter Futa

Sementara tu, cari makanan yang boleh dijamah! Lapar!
Nak ke Nha Trang, Da Nang, Phu Quoc pun boleh. Just beli tiket di kaunter

Jom tukar voucher dari klook ke tiket bas!





Cari no plate bus 50E-561.57 tu

Ready to sleep!
Free air dan wet tissue
Ada hentian RnR, tapi aku malas nak turun


Lagi 10 minit nak sampai station bas Da Lat, second driver akan kejut kita dari lena
Jam 5.30 pagi cerah camni dah


Order Grab untuk early checked in di Ha Na Da Lat Hotel costed us 200k Dong

Kesejukkan menggigit

Ahhh letih! Nak sambung tidur! Tapi perut lapar tauuuu??? Mandi cepat pastu nak sarapan ke halal food! Dah deal dengan acik Grab... nak tolong ekonomi dia kononnya. Untuk sehari dia mintak sejuta Dong. Ikut semua itinerary kami sepanjang hari ni. Mana yang berdekatan, acik tu terus bawa kami ke situ je. So, skip dah untuk aktiviti esok. Dia cakap kalau sampai jam 10 malam, dia nak extra 200k Dong. Total 1.2juta Dong. Still reasonable. Tempat dekat je, tapi perjalanan 1km=2 @ 3 minit. Huh! Stay tuned! Nanti aku share halal food kat Da Lat ni.

Comments

Popular Posts