Sleeper bus from Da Lat to Ho Chi Minh
Tiket sleeper bus dari Da Lat ke Ho Chi Minh aku dah tempah dari klook.com. Just bagi voucher yang klook bagi tu tebus di kaunter tiket Futa. Mudah saja kan? Mostly diaorang terima cash atau QR bank negara diaorang sahaja. Nak guna credit card, kena caj 3-4% tau? Rugi! Better tukar Dong saja.
Malam terakhir di Da Lat, kami tempah 1 bilik untuk 1 malam dan 1 bilik lagi 2 malam. Sebab kan nak guna bilik 2 malam tu untuk urusan mandi, solat and bersiap. Waktu kami early checked in di Ha Na Hotel, aku dah message property nak check in seawal jam 7 pagi. So, kena bayar 200k Dong untuk 1 bilik. Naik sleeper bus kadang tak selesa sebab keadaan geografi ada kala bersimpang siur. Nak nyenyak tidur tu, tak lah!
Aku order Grab dari Hana Hotel ke Da Lat Coach Station, costed us 65,520 Dong.
Station bas Da Lat lebih effisyen dari kat HCM
Perjalanan bas kali ni smooth dari waktu kami datang dari HCM ke Da Lat. Biasalah, driver berlainan kan? Lebih laju dari hari tu! Risau weeehhh! Aku memang tidur belah tengah... agak tenang berbanding KA yang tidur bahagian paling belakang dan dekat dengan tayar bas.
Dari Station Mien Dong New Coach ke Riverside Hotel, kami naik Grab biasa, costed us 326,560 Dong. Sesampai di Riverside Hotel, kami belum boleh early checked in walaupun 2 hari sebelum ni aku dah email. Staff hotel cakap bilik full. Hmmm... terpaksalah kami bertenang sekejap. Masih 5 pagi ni! Mana nak cari hotel?
Lastly, butler hotel bawak kami ke hotel sebelah. Memang he was capable speak in English and sangat membantu. Siap mintak aku install Go2Joy (G2J) untuk memudahkan aku pilih hotel yang boleh check in by hours! Wow! Lastly kami dapat Hotel A25. Banyak branch, dan kami nak guna bilik hanya 2 jam, 250k Dong! Bergilir mandi dan bersiap.
Tamat masa sebelum 2 jam, kami turun nak checked out. Terkejut jugak mamat receptionist tu sebab kami kurang dari 2 jam! Lupa nak ambil gambar dalam bilik hotel. Memang sangat memuaskan! Dari bab katil, iron dalam bilik, toiletries yang lengkap (shampoo & conditioner jenama Kérastase) Siap ada pencuci muka jenama Ponds lagi.
Lepas ni, nak ambil Grab ke Riverside Hotel semula untuk letak luggage's and bag kami. Perut dah lapar. Badan masing-masing dah penat. Yukkk makaaaan!


















Comments
Post a Comment