Plan ke Tioman agak tergesa-gesa. Memula WN nak ikut. Tetiba dia ada keja pulak. Kelam kabut cari pengganti. Mujur ZR available on that date. So, kami proceed g berempat.
Kami amik pakej. Menginap di Paya Beach Resort. RM394/person. Aku arranged sesiap dengan agent. Nak naik kat Jeti Tanjong Gemuk. Kurang sesak macam jeti Mersing. Aku baca blog, depa tak beratur. Malu kat pelancong asing jela.
Oleh sebab rumah ZR dari Segamat, so dia sorang-sorang dari sana. Meet point kat terminal Tjg Gemuk ja. Dari Semenyih, aku, NH dan FR gerak ikut Muadzam melalui Senawang dan Jalan Bahau jam 3 pagi. Laju sebab tak banyak keta. Cuma lori muatan berat je banyak.
Tepat jam 6.30 pagi, kami dah sampai Masjid Muadzam. Tumpang solat Subuh kat situ, then baru gerak. Feri kami jam 11 pagi. Sempat singgah makan kat restoran nasi dagang. Macam ramai orang singgah, so kami pun buat assumption sendiri kedai tu sedap. Nasib baik lepas tekak. Lupa apa nama kedai tu.
Sumber Google
Jam 8 pagi kami dah tercongok kat terminal feri Tanjung Gemuk. Parking keta kat rumah orang. Tak ingat berapa depa caj untuk parking. Aiseeeeh! Nanti, resit yang agent dah email tu, kena p tukar kat kaunter tiket feri. Nanti depa keluarkan jadual dan tiket feri. Lupa la apa nama feri! Haizzzz!
|
Ferry delayed dekat sejam! Sebab air surut kat Kg Paya. So, kami naik feri dh dekat jam 12 tengahari. Penat termenung kat terminal ja! |
|
Layan gambar sebelum masuk dalam feri. Jambatan tu penghubung antara Pahang dan Johor. |
|
Cuaca elok. |
Feri ni akan berhenti kat 3 kampung. Baru la aku faham gambaran sebenar antara kampung2 ni.
|
Google: Kami kat Kg Paya. Memula feri akan berhenti kat Kg Genting turunkan penumpang area sini, then Paya diikuti Kg Tekek. Paling happening kat Tekek. Salang, kena naik feri lain.
Sayup tu Paya Beach Resort.
Layan gambar.
Hangat.
View dari jeti.
Tunjuk receipt dari agent kat receptionist, pastu depa suh amik live jacket dan alat snorkel. Kami tak tunggu masa panjang, terus masuk bilik nak letak beg.
Lepas mandi and solat, kami plan ke Air terjun belakang resort. Tapi, kami p hiking separuh jalan ke Kg Tekek! Mujur la ada bebudak kg yang kami jumpa dlm hutan tu bagitau kami dah salah arah! Terpaksa patah balik. Kecik je air terjun kat situ.
Hutan yang kami hiking tadi.
Air dah surut. Ketam banyak area ni.
Biawak pun banyak! Huh!
Buat hilang penat mendaki, berhenti sambil snappy.
Lorong ke air terjun. Sini pun laluan ATV.
Angin kencang time ni.
Sempat la kitaorg berendam kat sini sebelum hujan lebat. Basah 2 kali. Hehehehe!
Balik bilik, memasing tunggu turn nak mandi. Senja pun nak berlabuh. Masa untuk makan! Lapaq! Paya Beach Resort ada kolam. Nyaman la setakat nak mandi gedik-gedik kejap kat situ. Kami aimed, esok lepas island hopping je pegi.
Makanan kat Paya Beach Resort, sedap. Tak mengecewakan! Lauk pun banyak. Cafe dekat dengan kolam dan kedai souvenir.
Kat Kg Paya pun ada restoran Melayu dan Cina. Singaporean ramai kat sini. Kami lepak minum je malam tu sebelum memasing said gudnait. Penat. Maklum la, memasing bangun awal subuh tadi. So, kami tido awal dan bersedia untuk aktiviti esok.
"I go to the ocean to calm down, to reconnect with the creator, to just be happy."
|
Comments
Post a Comment