Tioman: Day 2

 Chak?!

Bertemu lagi di day 2! Sarapan kat Paya Beach Resort, sedap! Tak mengecewakan lauk kat pulau ni! Sebab petang semalam, kami dah try mee goreng kat restoran depan jeti. Penat katanya lepas g merambu sampai masuk hutan. 

Kami diminta berkumpul jam 9pagi. Sebelum tu lagi, kami dah bersiap-siap nak ber'island hopping. Semuanya under package. 
Menuju boat. Kami berempat naik boat nelayan. Tradisional gittewwww.
Mood pagi.
Mood pagi pun dah hangat.
Island hopping biasa ja. Tak jauh pun dari resort. Snorkel kat pulau (lupa nama) then boatman bawak kami ke Kg. Tekek. Kami diberi masa sejam. Banyak kedai-kedai dan penempatan.
Kg Paya.
Pulau kecik yang kami turun snorkel. 
Boat ni la kami naik waktu island hopping. Enjin memang takleh lawan dengan boat baru. 
 Kg. Tekek. Sambung mandi manda lepas makan eskrem.

 Pelantar boat yang hantar kami ke Kg. Tekek.

 Amik mood lepas tengok pari berenang katanya.

Jacket untuk disewa.
 Cuaca cerah lagi panas.
Banyak gerai kat area sini.

Kami sampai resort dah pukul 1.20 pm. Terus beratur untuk lunch. Kami jadi ular sawa sampai Asar. Aktiviti petang, berjalan sampai ke hujung Kg Paya. 
 Sampai hujung tu kami berjalan.
 Air dah surut.
 Banyak ikan celah batu camni.
 Pastu kami berjalan ke pulau batu pulak.
 Scenery hujung kampung.
 Konon nak tunggu sunset. Tapi dah mendung.
Senja di Kg Paya.

Malam tu, kami lepak kat tepi laut ja sampai bosan. Coverage telefon susah nak dapat area sini. Kena keluar tepi pantai baru dapat line. Itupun 2 bar je. 
 Esoknya, kami check out jam 7.30 pagi.
 Langit dah terang.
Bilik-bilik lain tenang ja.
Kami beruntung naik dari Tanjung Gemuk. Sebab feri ke Mersing delayed. Ramai pulak tu. 

Dah sampai terminal Tanjung Gemuk.
Berpisah dengan ZR kat sini. Pastu kami g makan udang galah kat Kuala Rompin. Sampai Semenyih dah pukul 4.50 petang. Memasing dah letih.

Tamatlah sudah pengembaraan ke pulau di negeri Pahang. Next, maybe Salang? 

"I dislike feeling at home when I'm abroad."

Comments

Popular Posts