Castella Cafe - Tasik Banding

Trip terkejut kali ni, kami ke Castella Cafe, Grik. Dari Semenyih, kami gerak lepas keje hari Jumaat. Then, menginap kat Simpang Pulai sebelum plan esk paginya ke Grik.

Sebelum pergi Castella Cafe, ensure korang dah whats app no ni utk booking and pilih menu. Pihak Castella akan tanya menu yang korang nak dan jam berapa korang nak makan. Ni no Castella Cafe 011-20503454. 

Kami ajak SY. Dia pun available. Dari jam 8.30 pagi dari Ipoh, kami sampai awal kat Castella. Banner masuk kecik je. GPS tak meragukan. Memang exactly tepat dengan tempat tu. Alhamdulillah, langit cerah je masa kami sampai. Cuma, kami sampai awal dari timing yg aku booked menu tu. Jam 2 petang! 
Masih lengang.
Waktu kami sampai, cuaca baik. Pelanggan pun belum ada. 
Sian... mandi sengsorang! Pelampung disediakan kat sini. FOC untuk pelanggan.

Ada TT Civic masa kami sampai. 
Dah mula ramai
Langit cerah
Pakej menu yang kami order. Tak ingat nama ikan tu. 
Senang nak pantau anak-anak depan mata sambil mak pak ngaaap!
Depa akan masak on the spot. Sebab tu lauk kena booking awal.
Kalau korang mandi manda kat sini, ada toilet and tempat persalinan kat atas tu. Boleh mandi. Air sungai pun sejuk je. Nyaman! 

Dah kenyang, kami teruskan aktiviti ke Tasik Banding. Tak jauh dari pekan Grik ke sini. Niat tu just nak usha dari jauh je apa yang menarik kat sini. Tetiba mata ternampak pakej round island. Macam menarik ja? So, kami proceed untuk RM180 pusing pulau. Itu harga untuk 1 boat. Kalau ada 10 orang, lagi berbaloi. 
Antara pakej yang disediakan kat sini
Tinggi tiangnye.. pheww~
Kalau pakai DSLR kena caj extra RM15. Kalau kamera hp ja, free.
Kata boatman, tiang ni saja kedalaman 100 meter. Imagine la kedalaman tasik ni brp meter?
Kami naik boat ni untuk round island. Jacket keselamatan disediakan. Baby boleh naik. Cuma gerun sket la.
Awan komulunimbus
Pulau pertama yang kami terjah. Boleh menginap kat sini untuk pencinta alam.
Boatman kami
Round island took for 2 hours. Nak berkhelah kat Pulau Tali Kail pun boleh. Nak hiking and memancing pun boleh. Pilihan di tangan anda.


Kedai makan pun banyak kat sini. Facilities untuk surau dan toilet tip top. Betui la apa kata pakcik Gustav tu bagitau. Try g tempat baru. Once a month pun jadi la! Observe! Don't just see!



“Travel makes one modest. You see what a tiny place you occupy in the world.” 
-Gustav Flaubert

Comments

Popular Posts