Balik pulau memang lapar lain macam. Ada baki roti, aku dah sebat dalam bilik tadi. Tetap jugak lapar! Hahahahah!
Kami try test uji makan kat Rohanee Thai-Malay Seafood pulak. Lebih murah dari Bangboo semalam!
|
Kedai tepi jalan. |
|
Bagus marketing guna tuk tuk ni. |
|
Korang boleh usha menu yang aku snap kat bawah ni. |
Ada set rupanya. Malas nak cancel order, so korang layan jela menu yang kami order ni! kenyang weeehhh! SNA cakap, total harga makan kami malam ni lebih murah berbanding semalam! Lauk pun lebih banyak.
|
Nasi goreng ni sedap. |
|
Tomyam kung yang ohsem! |
|
Kailan ikan masin |
|
Rangup |
|
Thai green curry |
|
Phad Thai so-so ja. |
Dipendekkan cerita, lepas makan kami beransur ke Krabi Night Market sebab awan tebal. Nak snap sunset pun tak boleh. Nak cari parking area night market hal lain pulak. Baik segera kami beransur sebab malam ni plan nak massage lagi! Hehehehe!
|
Cari yang halal tau? |
|
Kedai depan tu, souvenir murah. |
|
Cari yang ada sign ni tau? |
|
Boleh campur barang yang sama harga. |
|
Puas hati nak buat souvenir |
|
Material biasa ja. |
|
Boleh bargain. Lod dai mai na kha? (Boleh dapat diskaun tak?) |
Banyak lagi nak snap gambar. Durian bakar pun ada! Ramai orang time kami pergi. Risau pulak hp terjatuh! Asal sempat je snap gambar.
Kami kena 'tipu' dengan makcik sorang ni. Padahal salah sendiri sebab husnuzhon tak bargain kaw-kaw! Red Thai tea tu dia letak 200 Baht. Green Thai Tea dia letak 150 baht sepaket. Kami mintak kurang, dapat la harga 150 Baht dan 100 Baht. Rupanya kat mart depan tu, cuma 75 Baht sepaket besar! SF dah bebai sebab dia dah rugi dekat 300 Baht! Hahahahah! Padan muka kami!
Massage balm pun kat mart lagi murah dari jual kat pasar malam! memang kena tipu bab harga ni! Ensure korang survey dulu sebelum membeli. Jangan terpedaya macam kami!
Dah penat merayap kat pasar, kami balik ke Ao Nang. Terus aku ajak depa massage kat port aku ngan SF pergi petang tadi. Duit tinggal 50 Baht ja. Jangan khuatir... masa aku sampai, money changer still buka. Fuhhh! Tukar lagi RM200! Dapat la 1,559 Baht. Balik bilik, memasing dah penat. Aku ngan SF dah start mengemas sebab tak nak kelam kabut esok pagi.
Extra bag is a must!
Comments
Post a Comment