From Wang Kelian to Emerald Pool

Lama dah tak travel?
Sel-sel otak baru nak berhubung! Padahal baru je ke PD aritu dikira travel jugak la kan? Even dekat! Kikikiki!

Kali ni, aku try naik keta dr Malaysia ke Thailand. Teringin! Tapi MF tak suka. Ngantuk katanya. So, aku join geng baru kenal kat instagram (ig) masuk ke Thailand. Senang cerita, kami ke Ao Nang, Krabi! Yeeeyyyy!
Border Malaysia-Thailand di Wang Kelian.

Hari Jumaat, Perlis keje. Tak ramai orang time ni. Mb bukan peak season kan? Smooth je urusan check in dan check out dari Malaysia. Eradicate Corruption! Rasanya tak perlu sisip duit waktu urusan imegresen? Aku dah try, takde pulak belah sana kejar ke hape? Takyah bagi dah la ya? Nak bawa masuk kereta, ensure ada geran kenderaan asal. Isi Departure Card mcm biasa, semua tu la. Hal ni semua SNA dgn ML dah setel. Aku ngan kezen, si SF tu main ikut je. Maklum la... newbie! Heheheh!
Belah Malaysia, just sua passport je.
Parking keta kat sini sebab nak turun cop passport.
Lepas parking, korang g beratur kat situ tau?
Ada 2 tingkap. Arrival and Departure.
Orang tak ramai. 
Setel semua, dah masuk border. Line pun takde. Simcard Thailand, kami dah beli kat Changlun tadi. RM25 unlimited data. Kami kongsi bertiga. ML dah ada simcard sndiri.
Lapar? Sedap la kuah cicah jajan depa... Yummeh!


Waktu ni, kedai dekat Wang Kelian ni belum dibuka. Cer kalau dah buka? Menarik jugak nak shopping. Boleh pakai Ringgit. Tapi caj mahal sket la. 





Ok, tak boleh buang masa! Kami nak terus ke Emerald Pool ni! Amik masa dalam 3 jam lebih jugak baru sampai. Sebelum tu, sila kencing/berak ngan tapau makan sesiap untuk kudapan dalam keta. Melepasi kawasan ni, dah susah nak cari kedai makan halal. Please take note ya?

Perlu diingatkan, waktu Thailand lewat sejam dari Malaysia. Sampai Emerald Pool jam 12.30 tghari. Kat Thai baru pukul 11.30pagi! Perut dah bunyi tanda kelaparan! Aduiii! Tapi, jangan risau, area sebelum masuk pool ada dijual makanan. Halal! Jaga-jaga dengan anjing yang berkeliaran jela ya? Banyak beno kat situ. Bayaran untuk mandi dan salin pakaian 50 Baht. 
Parking 40Baht per entry. Kena jalan kaki masuk ke dalam kawasan pool.


Better pakai kasut yang tak slippery bila masuk kawasan pool nanti.
SF dah shopping selipar!
Halal food.


Makanan tak dibenarkan dibawa masuk ke dalam kawasan pool. Nanti ada penjaga check bag kita kat pintu masuk.  Drone sama sekali tak dibenarkan dibawa masuk ya?
Wrong timing! Kami tak dapat usha Blue Pool!




Ada 2 cara sama ada trekking atau melalui pedastrian.
Kami tak nak lecak. So, pilih pedastrian.
Nyaman!

Sambil jalan, sambil amik gambar. 1km jugak nak sampai ke pool. Dah tak sabar nak mandi. Panaih weeeiii!

Sedih tau? Takleh snap kat Blue Pool!
Air suci.


Ni pun lawa jugak. Tapi takleh mandi.
Takde jentik-jentik ke? Air tak mengalir tu?
Sambil jalan, boleh menghayati panorama alam dan nama pokok-pokok kat situ.
Tempat semayang depa rasanya.
Yearghhhhh! Tak sabar! Takleh terjun. Licin weehh! Best gila mandi sini!

Let say korang datang Krabi direct naik flight dr KL, boleh deal dgn pakej kat Krabi atau Aonang atau kat hotel korang menginap. Aku interviewed salah sorang geng awek dr KL kat celah batu tu. Sebab tu aku tau. Kena amik tau la sebab nak share ngan korang! Herghh! Dari Emerald Pool ke Krabi ambil masa dalam 43 minit. Krabi ke Ao Nang, amik masa lagi dalam 25 minit. Aku bajet masa ni ikut SNA bawa keta. Kikikikiki!

3 jam kami kat sini. Dah masa nak sambung perjalanan kami ke Ao Nang dan makan! Next entry, pasal makan dan Ao Nang night market pulak? Lapar dah ni!

Stay tune!

Comments

Popular Posts