Krabi Island Hopping: 4 Islands

Last aku ke Krabi, 8 tahun lalu. Dah banyak perubahan dari dulu. Tempat makanan halal pun with no doubt! Nak dengan tak je. Penginapan pun ada pelbagai, nak yg resort atau yang biasa. Backpackers hotel/hostel pun banyak. Tepuk wallet/purse memasing je.

Pepagi ni, kami tak sempat cari sarapan kat kedai makanan Thai. So, memasing tapau dari 7-Eleven depan hotel. Hotel pun ada sedia biskut and machine buat kopi. Tapi, sengaja nak rasa pelbagai. 
Produk CP. Halal dan sedap! Company aku keja kot? Hahahaha!
Barista pun dari cashier 7-11 je buat mocha ni. Sedap!

Tepat jam 8.30 pagi, driver dah sampai ke hotel. Dia just jerit no bilik kami je. So SNA angkat tangan. Kami dah bersedia ke jeti perlepasan untuk island hopping.

4 islands package: 1,000B/person
Representer kami, Amy
Long tail
Mendung
Panas pulak!
Yearghhh.. kami naik speed boat!

Kasut atau selipar tak dibenarkan pakai waktu kat pulau nanti. So, Amy masukkan semua selipar dan kasut kami dalam jaring dalam boat tu.

Sandbanks!
Mendung la pulaaak!
Tinggi gak aku lompat! hehehe!
Air surut, boleh lalu ke Kai Island. Sekarang, just attach dengan Tup Island je.

Nak berenang, kena di dalam kawasan pelampung kuning.
Layankan jela minachi tu!
Kami diberi masa 40 minit kat Sandbanks ni. Pastu, kami snorkel dekat dengan Kai Island. Ada pelancong dari Satun terkena duri landak laut. Jadi, hati-hati bila mandi atau snorkel ya?
Snorkel area Kai Island

SNA dah mabuk laut. Sepanjang perjalanan boat tu, dia tido je. Ubat pun dia dah sedia awal-awal. Amy suruh aku letak balm kat hidung ngan kepala sket. Berkesan! Rilex je aku pandang laut. Ewaah! Bagi yang mabuk laut, air bergelora. Betul2 melambung tadi. Membuai juga la. Plus, pepagi aku makan pandan bread dengan mocha ice kan? Lagi la terasa nak muntah.


Next, kami singgah di Poda Island. Kat sini, lunch disediakan. Perut dah lapar weeeh! 
Dah penat amik gambar.
Lauk simple pun jadi sedap yang amat!

Kat Poda Island ni, ada rest room papan/kayu. So, korang boleh membuang hajat kat pulau ni. Bayaran tak dikenakan. Syok kami amik gambar, sekali hujan daaa... Nasib tak basah kuyup! Sekejap je hujan angin ni. 3 minit camtu.

Layan SF posed dalam hujan!

Kami kat pulau ni, sejam 20 minit. Lepas makan, boleh sambung snorkel atau mandi kat pantai Poda. Tapi, kami duduk berteleku layan view. Dah tak larat nak layan view, kami layan ig! Hehehehehe!


Last but not least, Lampranang! Atau Railay Beach! Moh layan gambar!
Ada 1 resort mewah kat sini.

Kami terpaksa berjalan kaki ke Railay Beach sebab boat takleh masuk. Ombak kuat!
Best gak layan stalagmite and stalactite

Rock Climbing pun ada kat depan ni. Tak sure camana nak tempah?
Ombak kuat.

Kami diberi masa sejam setengah kat sini. Pastu balik ke boat dan laut makin bergelora. Pening terus! Nasib la pakej ni termasuk welcoming fruits kan? Boleh la makan masam-masam sket waktu on our way balik pengkalan. Lupa asam dalam keta! ***Tepuk dahi!

Perjalanan dari Railay Beach ke pengkalan amik masa 20 minit saja. Tapi, ya Rabbi! macam naik roller coaster daaa! 

Sampai ja, kami dibahagi dengan driver pikap untuk hantar kami balik ke hotel masing-masing. ML ngan SNA naik bilik dulu. Aku ngan SF jenjalan cari pakej nak facial treatment massage. SF buat foot scrub. Aku amik facial treatment sebab nak tido sambil memanjakan wajah katenye. Heheheh! 500 baht! Layaaaaan!

Rate t-shirt kat Ao Nang sedikit mahal dari night market di Krabi. Material so-so. Padan la dengan harga 100 Baht. What u expect? Aku beli untuk MF kain tebal 250 Baht. Ok la... Tak sampai hati beli yang murah.

Ok, jom balik bilik!

Pai naaai?
Kin kaw- Krabi Night Market!

Comments

Popular Posts