Ban Mai Chay Nam Museum & Restaurant, Chocolate Factory, Khao Yai

Destinasi kami di Khao Yai diteruskan ke Banmai Chay Nam Museum & Restaurant. Jarak dari Primo Piazza ke sini ambil masa dalam 40 minit. Kebetulan hujan dah mula turun. Pemanduan pun ada kekok sebab kereta agak banyak kat jalan. Jalan kat sini pun, lain maciaaaam! Elok-elok perhati ye kengkawan?

Bayaran masuk 50B/person. Berbaloi! Sebab korang boleh pilih minuman lepas jenalan kat area restoran ni nanti. 

Tunjuk je kad ni kat kaunter minum

Kat belah dalam

Aku, SF ngan KA je masuk dalam ni. MF malas nak masuk sebab penat drive dari pagi. Dia tido je dalam keta. Walaupun dalam restoran ni crowded, tapi unik sangat! Toilet pun menarik! Sampai aku ajak SF masuk toilet g tengok sendiri! Hahahah!
Ni toilet tau?
Nampak tak? Takkan nak snap belah dalam pulak?


Selain tu, korang boleh menikmati makanan atau minuman kat tepi sungai. Of course makanan tak halal kat sini ya? Setakat snap gambar je. Ada titi gantung attach dengan resort tempat ni. Nak masuk ke seberang, hanya untuk penginap sahaja. Perlu diingatkan hanya 5 orang dalam satu-satu masa bila naik titi gantung ni.

Aku pergi sampai ke seberang
Keadaan restoran
Air tak memberangsangkan
Private area
Dah tak boleh skodeng




Kami tak masuk pun museum tu





Main aci nyorok boleh sesat!
Keadaan di dalam restoran
Ruang santai
Ke titi gantung

Ruang parkir

Kami spent masa dalam sejam kat Ban Mai Chay Nam ni. Pastu, terus ke Chocolate Factory. Dekat je dengan bilik penginapan kami untuk malam ni. Nak balik hari pun boleh. Kalau larat nak balik ke Bangkok la. Aku malas nak rushing. Kesian driver. So, menginap kat Baan Saranya. Scary gila! Sebab kami je sesatunya pelanggan yang huni tempat tu malam ni! Fuhhh~
Gerimis mengundang
Ada factory outlet sebelah kilang coklat
Hygiene






Ada certain coklat kandungan dia ada liquor. Hati-hati!


Setel shopping
Snap kat Baan Saranya

Harga coklat

Tamatlah sudah pengembaraan kami ke Khao Yai! Dari airport, ada ja bas direct ke sini. Nak booking driver atau tour pun ok. Cuma, plan la awal pagi kalau nak balik hari. Cukup la sekali aku datang ke sini. Bosan! 

Malam, hujan makin lebat. Kami dah bosan sebab TV pun takde cerita menarik sebab kami pun tak faham. Jiran2 tetangga kat resort pun, cengkerik dengan bunyi-bunyi hutan je. Creepy! Kami plan nak massage area sini. Lampu pun suram je memalam! 

Dekat dengan Palio Shopping Village ada 1 kedai urut masih dibuka. Kami decided massage kat situ ja. Ada la jugak aktiviti malam kami sebelum lena. Tak sabar nak tunggu hari esok!
Nak cha alif ba wau ta! (Cabut!)

Comments

Popular Posts