Dari Pak Chong District ke Bangkok ambil masa dalam 2 jam setengah. Congested teruk menuju tengahari sebab peak hour. Aduuhhh! Salah percaturan nampaknya ni!
Kami sampai di Terminal 21 Mall, Sukhumvit dalam jam 12.30 tghari. Masuk parking, kami diberi keutamaan dan security guard kat situ sangat membantu. Kenapa pilih Terminal 21 Mall ni? Sebab mall ni unik. Ramai gak rakyat Malaysia yang shopping kat sini. Indonesian and Brunei. Maybe sebab nak amik gambar pun menarik kot?
Setiap level dibahagikan mengikut negara. Macam level 2, London. Nak naik escalator pun, macam kat airport daaa...
|
Level 3 Istanbul |
|
Ni jalan nak ke toilet! |
|
Aku tak pernah sampai London, so 'merasa' gak la suasana ala London |
|
Rambang mata dah! |
|
250B/tshirt
|
KA n SF nak bayar |
|
Level 4 adalah level Jepun! Ya! Sangat bahaya untuk peminat baju kawaii macam aku! Hahahaha! Habis duit kat situ ja. SF siap patah balik sebelum last minute decided nak beli jugak baju yang tadi dok teragak-agak takut bajet tak sampai.
|
Level Jepun |
|
Tukar Baht kepada coupon card kalau nak beli makanan |
|
Sesatunya gerai yang takde jual babi kat food court! T_T |
|
Lepas makan, sila letak pinggan mangkuk semua kat tempat yg disediakan |
|
Majoriti makanan adalah tak halal! |
Dalam jam 4 petang, kami terus ke waterfront! Ya ampuuunnn! Patutlah Suthida cakap jem kat KL ok lagi kalau nak dibanding dengan di Bangkok! Now, i trust her! Herghhhh~
Traffic light saja dalam 10 minit baru boleh jalan. Itupun lepas suku kereta ja! Polis trafik pun tak jaga! Peak hour time orang nak balik keja, jangan buat hal la!
Kami sampai kat area Chao Phraya river side dalam pukul 6.10 petang. Dah menginjak Maghrib. Kami pilih River Side Bangkok untuk cruise the river malam ni! Yeeeyyyy! Bayaran adalah 150B/person ala carte! Kalau buffet, of course tak halal, 990B/person. Kapal kami belayar pukul 8.30 malam! Kami order apa yang boleh dimakan saja.
|
Sungai Chao Phraya |
|
Kotor |
Kami cruising selama 2 jam setengah! Mak aiiii! Boring gila! Hahaha! Memula je cempeqa nak amik gambar! Antara sebab aku pilih nak cruise sebab nak tengok bandar Bangkok tanpa melalui jalan darat! Dah tau jem tadi kan? Takmau aahhh! Ok cari la alternatif lain walaupun bosan lelama camtu! Siap orang minum sampai mabuk lagi! Live band pun ada dalam kapal.
Korang boleh je pilih nak naik boat mana. Oleh sebab kami berpandukan google maps je, paling dekat kat River Side ni, kami belasah jela? Halal cruise pun ada jugak. Tapi kena tempah dari awal.
|
Kapal yang kami naiki |
|
Wat Arun |
Nasib la dinner cruise... kalau day cruise, tak siyor aku nak tengok air sungai yang tercemar ni! Sama la macam sungai Klang tu. Dah alang-alang sampai, try jela kan? Pukul 9.45 malam baru kami gerak ke Silom pulak. Aku dah booking kat Silom Serene Boutique Hotel. Kenapa area Silom? Sebab esok kami nak ke CP Tower 1 kat Silom. Jalan kaki 600 meter je nak ke tower. Sambil berjalan, aku amik kesempatan jumpa boss IT kat situ. Ada hal keje sket nak bincang.
Lepas check in, aku, SF ngan KA naik taxi ke Pratunam sebab nak massage buat kali terakhir di Bangkok ni. Area Silom, jam 12 dah tutup. Kami mengada nak jugak mengurut malam ni! Taxi charge 150B/sehala. Dia tunggu kami sampai sudah massage. Terlena aku ngan SF! Tau-tau tukang urut gerak kata dah sudah. Depan pusat urut kami tu ada pub and disco. Bau arak merebak kat hidung dah. Tak sabar nak sampai bilik.
Lena!
Comments
Post a Comment