Panjangnya tajuk karangan kali ni.
Malas nak taip kat sini.
Senang untuk direfer kelak.
Day 2 kami kat Hua Hin, kami dah bersiap2 check out dari White Wood House tu. Tak gaduh nak berebut mandi and toilet sebab tuan rumah dah sedia macam dok hostel! Ada 4 bilik mandi weeehh! Kapasiti rumah ni untuk 11 orang pun muat! Nak guna untuk BBQ, untuk non muslim ok la. Sebab kita pun tak sure apa yang penyewa sebelum ni bakar-bakar kan? Was-was dengan pinggan mangkuk, boleh bawak sabun Taharah. Sertu je pakai sabun tu.
Kami makan ala kadar kat rumah, then terus aku Line owner bagitau nak check out. Kunci pun Phi Tai suruh letak dalam gelas atas microwave.
Destinasi kami pepagi ni, Hua Hin Train Station! Yearghhh! Terjumpa Malaysian 6 orang. Masih duduk berteleku kat hujung station. Aku kan ramah, so terus tanya kat depa dari mana nak ke mana? Aku assumed depa nak ke Bangkok. Rupanya baru sampai Hua Hin dari Hatyai! Gigih naik train 12 jam weeeh!
|
Lengang |
|
Deco cantik |
|
Spot cantik |
|
Hati-hati nak melintas landasan ni weeh! |
Amik masa dalam 20 minit je kami kat sini. Depan station ada kedai-kedai halal. Tapi macam buka lewat je? Tak sempat nak makan. So, kami beli ayam goreng tepi jalan yang rangup.
|
Depan station Hua Hin |
Then, kami terus naik bukit ke Khao Lek Fai View Point. Sila alert jangan bawak sebarang plastik waktu masuk ke kawasan ni. Kenapa? Haaa... Meh layan gambar.
|
Geng Wukong! |
|
Tak berbaloi pun datang sini |
|
Kawasan ni, bagi aku so-so ja |
|
Mai kaw chai (tak faham) |
Kami spent masa 20 minit je kat sini. Bosan! Maybe sebab aku tak suka hutan kot? Tu yang rasa tak berbaloi naik. Mujur bawa keta sendiri. Phewww~
On the way kami nak ke Swiss Sheep Farm, aku ternampak sign FN Outlet! So, aku bagitau MF suh singgah! Hehehehe!
|
Lengang |
|
Kreatif |
Kami luangkan sejam kat sini. Sebab risau tak boleh bajet sampai awal di Bangkok. FN Outlet ni ada beberapa jenama yang well known macam DKNY, Under Armour, MNG etc. Tak rugi pun singgah sebab stay jalan yang sama ke farm.
|
Tiket masuk 150B/person |
|
Kaunter comel |
|
Hangat |
|
Naik kuda 50B/person |
|
Tunjuk tiket masuk, then boleh bagi bebiri makan rumput |
Perut dah lapar. Aku mula menggugel restoran halal kat area sini. Wow! Jalan kaki seminit je! Kat mana? Sebelah Swiss Sheep Farm ni ada station minyak. Haaa... korang terus jalan ke dalam sket! Surau pun ada. Untuk wanita, kena bawak telekung sendiri. Sebab kat situ tak terjaga. Kotor gak la.
|
Aku tertinggal neskepe es aku ni! Haisssy! |
|
Teh es lagi? |
Makanan memang sedap (aroi mak)! Pedas manis semua cukup rasa! Alhamdulillah! Hangat lit-lit weeeh! Awan gemawan petanda hari nak hujan time petang ni! Kami ada misi belum selesai kat Hua Hin! Yearghhh... Santorini Park! Drive 7 minit je dari Swiss Sheep Farm. Cuma, kena u-turn la kalau dari pekan Hua Hin.
|
150B/person |
|
Tiket kanan boleh tukar untuk main permainan dalam ni |
Tak dapat ke Greece, dapat ke Santorini Park Hua Hin pun jadilah! Jaga-jaga dengan burung merpati yang tetiba melepas kat sini! Sorang pelancong dah kena berak! Niaya!
Apa yang ada kat sini? Ada branded boutique and game yang semua orang boleh masuk kecuali infant. Aku, SF ngan KA try rumah hantu. Even pakai machine je, oleh sebab aku penakut, stay takleh terima! Huh!
|
Port instagramers |
|
I'm too old to ride! Hehehehe! |
|
Banyak kedai dah tutup dari beroperasi |
|
Orang asma dilarang main benda alah ni |
|
Creative la deme ni |
|
Bahang dia.. fuh! |
|
Tang mai po? (duit tak cukup) |
Aku bajet kat sini dalam 2 jam. Huh! Tak sampai 2 jam pun. Depan Santorini Park ni ada water park. Pun macam takde orang. Patut la Suthida beria cakap aritu.. takde hape yg menarik kat Hua Hin. Tapi, aku kental... Kena try and error dulu. Hehehehe!
Kami tak berlengah. Terus gerak menuju ke Bangkok. Naik highway! Jem teruk lagi dahsyat dari KL. Jalan raya memang memeningkan!
|
Toll ticket |
Amik masa 2 jam setengah nak ke Hostel. Kami dah kiok! Malam, nak cari tempat makanan halal, naik teksi jela! Malas dah nak tengok waze sambil memandu! Mencabar minda jugak la. Huh!
Siamaze Hostel ke port muslim (aku lupa nama tempat) kena caj 95B. Pemandu teksi memang bawak laju. Otai kat jalan. Nak tinggal kat hostel ni, memang selesa dan murah, tapi jauh dari city center. Nak keluar memang kena naik teksi jela? Kami dah buang masa 35 minit dari hostel. Badan dah letih. Perut lapar. Terpaksa.
|
Deco hostel kat lobi |
Tak sempat nak massage nampak gayanya. Kena balik hostel terus tidur! Esok, the more will come!
Comments
Post a Comment