Desa Permata Ikan Bakar, Langkawi

Kami selamat tiba di Langkawi with proud sebab bawak keta sendiri pukul 5.30 petang. Aku booked hotel area Pantai Chenang. Time musim cuti sekolah ni, faham-faham jela Chenang beach camana kan? Aku pilih Sweet Inn Motel. Sebab reviews kata ok. Nak parking pun selamat kat dalam kawasan motel. Nak cari tempat la pulak, 2,3 kali pusing sebab motel tu sebelah dalam (belakang restoran). Ada simpang kecik masuk dalam. 

Nak ke Chenang beach, kena lintas jalan. Walking distance je. Kedai makan pun banyak kat area tu. Cuma harga cekik darah la kalau depa tau ang orang luaq. Oleh sebab aku ada kawan kat Langkawi, so guna khidmat dia la mai amik kami kat motel. Sebelum tu, aku lepak kat Chenang beach snap sunset yang tak berapa nak ada sangat ni.

Mampu snap ja

Aktiviti kat Chenang memang tak mengecewakan. Tahun ni saja dah 2 kali aku datang. View awesome bila cuaca mengizinkan. Phewww! Cukup berangan! Moh makan! Perut dah bunyi! Kawan aku bawak makan kat Desa Permata Ikan Bakar! Dekat dengan Kuah.





Janji senang parking! Makanan pun sempoi! Blend with local katenyer. Hehehehe! Harga pasti berbaloi dengan menu yang korang pilih. Makanan pun sedap. 



Buat kari best weehhh!
RM10/bekas




Ikan loban ni sedap!



Waktu kami sampai, dah pukul 9 malam. Perut dah bergetar lapar! Kalau tak sedap, mau aku cepuk dak Mirul ni! sebab tunggu dia dari sebelum Maghrib sampai la pkl 8.30 baru dia pick up kami kat area Chenang beach. Aku pulak jarang makan lewat dari 7 malam. 







First time aku try! Sedap!

Ya ampun! Sedap! Licin kami berempat makan! Kedai ni wajib cuba bila korang bermusafir kat Langkawi. Harga ikan termasuk kos masak. Tak percaya?
Ini buktinya paaakk!

Comments

Popular Posts