Mai Kolam Kitchen, Semenyih

Assalamualaikum,
salam sejahtera.

Kalau korang tersesat ke Semenyih, lapar pada petang minggu (sebab kedai ni hanya dibuka Jumaat hingga Ahad sahaja) maka, singgahlah ke Mai Kolam Kitchen ni! 

Kenapa Mai Kolam? Sebab belakang rumah tu ada kolam ikan. Pastu perniagaan ni memang bebetul kat perkarangan rumah owner saja.
Kalau suka kudap-kudap sambil layan drama TV pepetang, nak cucuq ka apa, boleh la try kat situ. 


Ngam kami sampai, pelanggan tak berapa nak memenuhi ruang makan lagi. 1st time kami pergi aritu parking pun full! Kedai ni dibuka jam 5 petang hingga 10 malam. Kalau makanan habis, tutup la kedainya. Heheheh!






Nyamuk banyak! elok-elok la ya? Makanan sedap, especially cekodok kampung (kalau letak cili ngan bawang mesti lagi umph!) ngan nasi impit menyogek. Pedas banyak! Fuuhh! Nasi goreng tu, biasa ja. Macam makan kat rumah... haa..camtu la diibaratkan.




Harga berpatutan. Makanan pun boleh tahan sedap. Tukang masak dan pekerja pun semuanya sedara mara derang jugak. Macam datang beraya pun ada. Owner ramah. Nanti dia akan mintak izin nak amik gambar korang untuk dimasukkan ke dalam FB Mai Kolam Kitchen.
Sedap la cicah sardin ngan telur kacau tu.... Yummeh!
Nasi goreng Pakngah


Nasi Impit Menyogek




Rare pulak celup-celup gini
Soda herbs

Banyak jugak kami mencekik ni! Konon nak light light je malam tu. Huhuhuhu!

Comments

Popular Posts