Roro to Langkawi (Kuala Perlis-Tjg Lembong)
Plan ke Langkawi naik roro ni dah lama nak buat. Tapi, last minute nak booking je, mesti Roro penuh! Eh, apa makna Roro?
Roro ni, Roll-on/roll off for ships that carry the vehicles la. Bas pun muat.
Kami amik roro, kurang dah duit nak cover kereta sewa kat Langkawi selain malas nak keluar masuk barang2 yang kami dah beli kalau naik feri atau flight. Harga per entry ikut cc kereta dan jumlah penumpang. Nanti derang mintak attachment geran kereta.
Pejabat Roro |
Sebelah Masjid |
Office akan print camni |
Kami naik Roro dari jeti Kuala Perlis ke Tanjung Lembong Langkawi. Nanti balik pun dr Tjg Lembong (dekat dengan navy Bukit Malut). Korang boleh naik Langkawi Express jugak. Harga pun lebih kurang sama. http://ticket.langkawiroro.com/ Boleh check kat website tu ok?
Sejam sebelum boarding, kena beratur masuk ke kapal |
Jeti Kuala Perlis |
Feri to Langkawi |
Tempat duduk dalam Roro (Level 2) |
Level 3 (Open view) |
Feri ke Langkawi ambil masa selama 2 jam perjalanan. Please be on time. Kami sampai kat jeti awal 3 jam. Sempat lunch ngan basuh keta dulu sebelum datang semula area terminal sejam setengah sebelum perjalanan kami.
Waktu nak keluar dari Langkawi, kena g office Roro dulu and dia akan bagi kita geran kereta yang kita dah upload dlm website diaorang. Kastam akan check bonet randomly.
Ready to board |
Bagi aku, ada pro n cons jugak naik Roro ni. Kalau setakat macam kami 3D2N kat Lgk, macam tak berbaloi bawak keta. Sebab 2 ways dah RM400. Kalau tinggal lama kat Lgk, mesti berbaloi. Yang bagusnya, kami tak payah nak bersusah payah fikir nak angkut luggage and barang shopping lagi naik feri atau plane. Then, kami naik kereta sendiri.
Lain padang lain belalang kan?
Sightseeing sepanjang perjalanan pun menarik sebab boleh naik ke Level 3 untuk lepak-lepak makan dan santai. Bezanya kalau hujan atau panas terik, tak lalu nak berlama-lama. View awesome!
Comments
Post a Comment