Bayview Resort, Batu Feringghi

Chak?
Apa habaq ampa semuaaaaaa!
Semoga sihat sejahtera selalu.
Ni, cek nak share ngan ampa pasai kami baru ja balik dari stay cation kat Batu Feringghi. Saja la bawak mak ayah jalan-jalan. Terbuka sket minda tu kata orang. Heheheh!
Aku decided nak menginap di Bayview Resort, Batu Feringghi Pulau Pinang.

Maaf ya? Aku tak sempat nak snap gambar lobi. Parking memang selalu penuh untuk weekend. Biasalah kan... Ni je la masa nak berlibur. Tempat makan, dekat depan resort ni ada Pak Mid Cafe. Aku baca tripadvisor, depa tak advise makan kat situ. Mahal katanya. Tak berapa nak sedap. So, aku nak best-best je, skip makan situ, and bawak mak ayah aku makan kat pot lain.
Superior Twin Room




Ngam kami sampai jam 3.15pm. Tak ambil masa nak check in sebab kaunter banyak dibuka. Alhamdulillah, dipermudahkan urusan hari ni. Panas elok ja ni. Aku naca review konon sunset cantik. Cisssss! Salah percaturan! Sunset tak nampak dilindungi bukit! Ohh maaaannnn!

Im the one yang excited nak keceeburrr ni!


Aku memang tunggu jam 6.45petang ni. Sekali, hampa dan kecewa. Sunset menyorok! (T_T) So, aku jalan-jalan around garden di mana pot orang santai. Berkhelah sambil makan sushi pun carer!











Aku sorang je jalan-jalan kat sini. Mak ayah aku standby nak keluar makan lepas solat Maghrib nanti. Aku kan musafir? So, boleh jamak je. Hehehehe! Dah penat tunggu awan tak turn to color purple, so aku beransur masuk ke perkarangan resort. Lupa nak snap jam berapa depa buka pagar untuk attach dengan pantai ni. Kuda pun ada. Tak pasti berapa RM/ride.

Perlu diingatkan bahawa Heritage charge: RM6/person akan dikenakan. Tak sure kalau motel/hostel pun kena? Macam kat sini, dah masuk dengan harga bilik yang kami bayar tu under agoda.com. Then, lift pun tak Q panjang. 

Kalau datang ke Pulau Pinang, jangan lupa food hunting juga ya?
;)

Comments

Popular Posts