Day 1 (Part 1): Pasar Serikin, Sarawak

Hi guys!
Assalamualaikum!
Trip 2D1N kali ni, ditaja oleh Shark, sebab dia cakap nak travel ngan kitaorang! Hahahaha! Terasa diri awesome pulak dah! (Tepuk dahi) =p
Kami met up dia terus di Kuching International Airport, sebab dia flew from Kota Kinabalu. Travel ngan kawan-kawan Uni dia dulu kat sana.


Nasi ayam
Nasi Padang

Aku, SF and KA met up kat KLIA2 jam 4.30 pagi. Flight kami jam 6.50pagi. Sempat nak solat dulu kat KLIA2. So, keep your worries ya? Bagi wanita, telekung solat tu limited, pepandai la korang letak telekung tu kat hand carry. Kalau tak, jenuh nak tunggu turn nak pakai telekung surau. Kalau tak rushing, takpe.

Pesawat kami, selamat mendarat 20 minit awal daripada jadual. So, ada masa kami nak berjalan-jalan kat sekitar airport. Plus, aku dah deal dengan Great Leap yang aku amik during MATTA fair bulan 9 lepas. 28-29/12, RM150 untuk Myvi. Deposit RM100 waktu amik keta. Petrol dia bagi 3 bar, kena return pun 3 bar. 


Nak masuk ke Sarawak ni, kita akan diberikan Pass masuk ke negeri Kenyalang ni. Macam kami, guna passport, so dia cop je kat passport. Kalau bagi IC, dia akan kepilkan Pass masuk. Ensure jangan hilangkan pass korang tu. Nanti nak keluar, kena bagi semula kat immigration. 

Ke mana kita nak jelajah di hari Sabtu ni? Ayuuuhhhh! Ke Serikin! Yeeeyyyy! Hanya dibuka pada hari minggu sahaja. Plan your day ok?

Dari Aiport Kuching ke Serikin ambil masa sejam 10 minit je. Dalam perjalanan, kita boleh singgah Gua Angin atau Fairy Cave. Oleh sebab aku malas nak menggua, so, kami skip je. Terus ke Pasar Serikin sebab Kuching hujan sekarang ni.

Bayaran parking, RM2/entry. Jalan lecah. Kena hati-hati melangkah tu. Kalau nak masuk border Pontianak, straight je. Tapi kami tak masuk pun. 



Amplang? RM5 sepaket

Corak camni, RM8/sehelai
3 bungkus, RM10 

Kat sini ramai orang. So jaga beg leklok. Aku pun tak sempat nak snap banyak gambar sangat. Kebanyakan yang berniaga orang dari Indonesia. Sebab kita sempadan ja. Hasil kraf pun banyak dari sana. Nak beli sumpit, bubu segala memang ada banyak jual kat sini. Bunga bungaan pun ada. Jadah apa aku nak membeli pulak kan? Hahahah!

Perut rasa lapar, kami singgah makan kat tepi jalan sebelum masuk parking tu. Allah...lupa la nak snap gambar. Tapi Shark dan KA sepakat bagitau mee kolok dia sedap dari Pak Amit tu.
Nasi Ayam Penyet RM12
Mee Kolok Daging RM12

Then, kami terus ke Kuching Waterfront. Tengok apa ada kat situ pulak. So, kita sambung di next chapter. Banyak gambar nak share ni. Dari Serikin ke Kuching Waterfront, dalam sejam setengah. 

Comments

Popular Posts