Day 1 (Part 2): Kuching Waterfront, Sarawak

Sempena Krismas dan menuju tahun 2020 ni, parking terhad. Mujur kami menginap dekat dengan Kuching Waterfront, so boleh parking kat basement dan tak perlu bayar tiket parking. Bab hotel, kita cerita bab lain sebab banyak gambar nak share jugak. Lol.

Apa yang menarik di sekitar Kuching Waterfront? Bagi aku, unik. Pelbagai bangsa ada kat sini. Baik orang Sarawak sendiri atau orang luar. Kami sempat jamak di Masjid India (Terapung) Bandar Kuching ni.








Ruang solat wanita. Level 2


Setel urusan akhirat, kami sambung urusan duniawi pulak. Heheheh! What to hunt?
Kek Lapis Sarawak, Dayang Salhah Kampung Boyan! Naik boat lebih mudah, murah dan dekat! Kalau naik kereta, kena pusing jauh ke jambatan merentasi Sungai Sarawak ni.
Kami nak menyeberang 

Ayuh naik boat penambang!
RM1 sehala, tapi kami bagi kat pakcik ni RM10
Masuk lorong kecil

Please take note 
Kek Butter lebih sedap dari marjerin
Nak direct pos, RM5/sebiji kek

Harga kek ikut jenis raw materialnya. Butter or margarine? Bagi aku, kek dari butter lebih sedap. Harga RM25/biji. Marjerin pulak RM10/biji. Beli lebih dari RM100, dapat free kek marjerin. Sebelah kedai kek Dayang Salhah ni, ada orang jual ikan terubuk masin. Fresh! Tapi, aku malas nak angkut bawak balik. 

Selain jenama Dayang Salhah, banyak jenama kek lain yang didapati kat sini. Antaranya, Mira Cake House. Kat are Waterfront pun banyak kedai kek lapis. Sedap ngan tak je.

Dah menuju tahun baru ni, peserta Tahun Baru buat raptai kat sekitar waterfront. Meriah! 
Naik boat penambang ni, RM1/sehala








Boat ikan terubuk 

High profile cruise 
Traditional boat
Kami tak naik pun 
Dewan Undangan Negeri Sarawak

Surau

Pagi yang tadinya hujan, petang ni cerah. Ramai pulak manusia melepak kat kawasan Waterfront. Bau badan kami pun dah kemain... So, kami decided nak check in hotel. Mandi, solat then dinner. 

We'll right back!

Comments

Popular Posts