Double Tree by Hilton, Melaka

Perjalanan kami dari JB ke Melaka smooth. Ramai pulak orang nak celebrate New Year ke Johor ye? Atau balik kampung? Kali ni, kami nak sambut malam tahun baru kami di Melaka. MF dah tempah Deluxe di Double Tree by Hilton. Dia dapat email upgrade bilik ke Junior Suite, while sampai nak check in, dah penuh! Adeh! RM90 untuk upgrading the room. Melepas nak mandi oval bath tab! Hahahah!





The hospitality, the staff, facilities and many more memang bagus! Mesra pelanggan. Nak parking kat Level 5 lepas naik ke Elements Mall ni. Tapi terkubur jela. Maybe sebab Covid-19 ni. Sila ke level 12 untuk check in. The staff gave us a complimentary cookies. Malam ni, dinner with New Year Celebration is RM180/person. Tapi kami decided lepak dalam bilik je and dinner kat area tepian Sungai Melaka. Much more better.





Wah... tak sabar nak lepak kat bilik sebab aku dah penat gila! Rasa nak massage kejap lagi! And MF gave me a permission to do so. Biar deme g mandi kolam. So gambar kolam kali ni agak kabur sebab ambil dari whatsapp je. Hahaha! Swimming pool kat sini kena ikut SOP. Ada slot untuk mandi, booking your slot waktu check in, dan masa untuk mandi hanya 45 minit.









Malam, kami makan di Arang Cafe. Kami naik Grab je nak ke sini sebab malam NY ni mesti banyak kete. Telahan aku ternyata tidak meleset! Hahaha! Berjalan menyelusuri sepanjang sungai Melaka, memang syahdu dengan angin sepoi dari Selat Melaka. Cuaca sejuk, mendung dan berangin! Waaah! I love the ambience! 










Jonker walk hanya ada setiap Jumaat-Ahad sahaja. Then, kami dah tak larat, terus g urut kaki kat Shu Xin tu. Owner kedai baik. Puas hati dengan layanan dia. Sejam untuk kaki dan shoulder just RM58. Dia siap bagi tips kalau demam, rendam kaki dengan air suam, letak sket cuka dan garam (garam makan) untuk surutkan suhu. Selain tu, boleh minum air kelapa untuk turunkan suhu badan pagi-pagi sebelum sarapan.

Sekian saja untuk penutup 2020. Semoga hidup korang sellau diberkati, dilimpahi rezeki dan dimudahkan urusan.

Selamat tinggal 2020. Selamat datang 2021! Semoga Covid nyah terus dr kehidupan kita.
Ameen
Ameen
Ameen Ya rabbal alameeen.

Comments

Popular Posts