Warung Salai, Port Dickson

Selamat Hari Natal kepada pengganut agama Kristian! Plan nak duduk rumah dendiam ja, tapi ada pulak anasir berunsur syaitooonnn ajak keluar makan permulaannya. Mentang la beliau dah gaji... So, macam biasa aktiviti mengepow haruslah dilakukan dengan bijaksana! Ayoooo ke Melaka!

Teeetttttt! Masuk je highway exit Bukit Mahkota, congested with all kind of transports! Padan muka! Melepas aktiviti nak mengepow masakan peranakan Baba Nyonya di situ. Maka, otak harus ligat berfikir mana nak pergi? Ayoooo exit 219 Port Dickson! Aribbbaa! 

Perut dah lapar. Sempat lagi kami singgah RnR Port Dickson beli ayam cheezy. Jadi le pelapik perut. Keluar rumah pun jam 12 tengahari tadi. Sarapan pun tak sempat. Aku dah bagitau AB, singgah je mana-mana yang kedainya meriah. Walla! Dah nampak kedai makan tepi jalan, Warung Salai! Agak ramai time tengahari ni.





Atas Warung Salai ni, Hotel Mirage. Kot la korang nak menginap kat sini ke kan? Dekat dengan Admiral Avillion Cove tu. Oleh sebab tujuan kami hari ni tanpa arah, lepas makan ni baru fikir nak ke mana pulak? Kita setelkan supply chain untuk makan dulu eh?





Overall, masakan kat sini nice jugak la. Lunch time mesti la ramai pengunjung nak makan, kan? Even dah jam 2 petang. Maybe sebab hari ni, Krismas? Aku nak singgah Teluk Kemang layan snappy around pun tak lalu, sebab ramai sangat manusia lepak santai! Lastly, ke mana tayar bergolek?

Tadaaaa! Unplanned adventures are often the best ones! Read the next chapter!

Comments

Popular Posts