Homestay Kampung Agong, Penaga

Apa habaq semua? Harap ampa sihat la noooo? Speaking Penang pulak kali ni sebab kita nak p naik buai kat Homestay Kampung Agong, Penaga! Plan lepas ni nak p Pulau Jerejak, tapi tak beroperasi pulak hari ni sempena covid ni kan? Depa buka semula 21/12 which was kami pun dah nak pulang ke tanah air. Ewah!

Dalam kereta tadi, sambil layan borak with SY and SF, otak aku terpaksa ligat nak plan ke mana arah tuju tayar bergolek ni? Dah frust sebab hujan masih renyai di luar. Mana nak p ni???? Tempat menarik di Penang 2020? Ayoooo kawan semua! Kita ke Penaga! Bayaran masuk adalah sebanyak RM8/person dan tak termasuk RM2/entry untuk parking.





















Ku sangkakan ada buaian semata-mata, rupanya ada ATV, ada jualan cendol, gerai makanan n minuman simple, sewa basikal dan homestay! Untuk pengunjung, korang boleh pergi snap around kecuali masuk ke dalam kawasan homestay. Yang bestnya, penginap di homestay boleh snap sunrise di balik sawah bendang ni! Kebetulan yang awesome, padi sedang berbuah! Waaaahhhh! Extra excited! I just let u layan gambaq jela nooo...






























Kawasan homestay ni luas! Aku tak larat nak cover semua. Nampak je mendung, tapi hangat! Hahaha! Aku pulak gedik pakai sweatshirt, double hangat la terasa konon iklim kat Swiss! Poodaaah! Sempat minum dulu, sambil layan mata tengok orang datang berkunjung. Boleh tahan jugak tempat ni. Pemilik, chinese. Pandai dia grab an attention orang  sekarang nak berlibur, nak berOOTD.

Seterusnya, kami plan nak ke Pulau Jerejak. Tutup la pulak... Then terus makan laksa Alor Janggus and goreng pisang. Lpeas kenyang, layan sunset yang tak berapa nak ada kat Pantai Pasir Panjang. 5 minit je dari Laksa Alor Janggus.



Then, kami gerak balik ke Ipoh. Singgah makan di Air Kuning, Changkat Jering. SY belanja makan di Selera Rasa Gearbox pulak. Malang untuk aku, sup ayam habis. So, aku order sup kosong makan dengan nasi je. Still sedap!


Comments

Popular Posts