Imperial Heritage Hotel, Melaka
Kalau korang masih tercari-cari tempat nak menginap yang berdekatan dengan Bandar Dihilir selain guesthouse atau hotel ternama lain, korang boleh tengok Imperial Heritage Hotel kalau kena dengan bajet korang! For me, setakat nak tidur dan mandi, dah cukup selesa. Cuma part lift sedikit failed sebab bunyi macam not well maintain je? Takuuuttt! Hahahha! Selain tu, during peak season, kena tunggu lift pulak! Agak penat di situ.
Untuk booking hotel ni, aku refer 2 website antara agoda atau hotel website itself. Kali ni, booking terus dari website hotel lebih murah dan berbaloi dari booking kat agoda. Daripada 2 singles bed yang aku booked, dia tukar ke 1 king bed.
Checked in kat sini, smooth je. Lepas letak beg, jalan kaki via Dataran Pahlawan ke Bandar Dihilir. Kalau nasib baik, boleh tahan beca terus ke Jonker Walk. So aku tak pasti tambang beca dari hotel ke sana. Masuk mall tak terasa sangat badan berpeluh. Then. merayap kat Jonker Walk seterusnya mengurut badan! Itu yang paling utama sebab aku dah penat asyik ke sana ke mari lately. Kaw-kaw nak habiskan cuti tahunan sebab takleh carry forward.
Parking disediakan kat belakang hotel. Kalau dapat level 3, boleh direct masuk terus melalui bridge way to the hotel. Kad parking tu, nanti korang bagi kat receptionist untuk claim free parking. Jangan hilangkan, kang kena caj RM50 untuk kehilangan tiket parking.
Comments
Post a Comment