Suhaimi Cafe at Taman Alkaff
Salam ceria dari 08, Ipoh, Perak! PM announced boleh rentas negeri petang semalam, and here we were! Tak jadi naik ATV sebab nak merentas negeri! Yabeda-beduuuu! Rasa rindu dengan bau PLUS highway, ditambah pulak RnR Tapah! Feeling lain macam! Hahahah!
Moh kite makan sarapan+makan tengahari dulu ye yeob yeong sekalian! Lapo bebeno dah ni! Gerak dari Sekinchan jam 8.20 pagi dan sampai Suhaimi Cafe baru ni jam 10.30 pagi. Perut dah lapar benar ni! Adeh! Jom layan menu!
Lepas korang dah tick makanan yang korang nak, sila terus bayar di kaunter. Kami dah tak sabar nak menikmati juadah sebab dah lama tunggu moment nak makan jejauh camni. Hahahah! Niat lepas makan ni nak ke Tokong, tapi sebab kes kat Perak ni masih tinggi, so tokong pun tak terima pengganut, inikan pulak kami yang sesaja nak datang? Otak seminit, terus ke Kuala Kangsar! Itupun tak lama, sebab SNA dah pesan, kami ada 2 jam je lagi sebelum gerak balik KL jam 3 petang. Ke mana kite yeob? Moh kite ke Karai!
Comments
Post a Comment