Pantai Redang, Faridah Mentarang Bakar, Fatah Sulaiman Homestay
Oleh sebab SNA hanya cuti Isnin, so kami sepakat amik cuti Isnin untuk meraikan dia! Tapi, dia terpaksa cuti hari Ahad! Fair n square! Oleh sebab SF dari Port Klang, aku dari Semenyih, so kami berkumpul di Damansara. Sebelum tu, aku plan nak naik MRT dari Kajang ke Mutiara Damansara, tapi sebab aku malas nak menyusah diri, maka jadi lah plan seminit menginap kat Royale Chulan The Curve and SF kat Royale Chulan Damansara. Met SNA at RC Damansara je nanti.
Aku dan SF dah lapar. Janji jam 9.30 pagi, dekat jam 10 pagi baru SNA sampai. Then terus gerak ke Sekinchan. Berhenti di RnR Guthrie, beli kudapan sket, then mulakan perjalanan. Perut lapar bertukar kenyang bila nampak persisir pantai! Yeeyyyyy! Dah sampai!
Tak lalu nak lepak lama kat sini. Panas terik oiii... dengan laparnya, dengan dahaga pulak tu! Make this trip short, lepas bergambar lebih kurang, then kami teruskan perjalanan kami nak makan! Of course di Faridah Mentarang Bakar! Dalam 5 minit dah sampai! Tapi, jangan lupa lepas parking amik nombor dulu tau? Kang, penat je beratur, tapi queue by number! Kos makan bertiga, RM96.30!
Comments
Post a Comment