MantaBlu Cruises: Damai Indah Lagi
Hi guys? Korang nak kelainan bila ke Langkawi? Selain skytrex, korang boleh naik go-cart atau pusing Langkawi naik helikopter. Tapi, aku takde bajet untuk semua tu, then just booked untuk sunset cruise dengan MantaBlue Cruises. Korang boleh pilih nak kapal putih atau kapal kayu. Oleh sebab aku pernah naik Sea Splash cruise dulu, then nak try pulak kapal kayu macam aku naik di Vietnam. Bezanya, MantaBlu, makanan halal, cuma dihidang dengan alkohol. But worries not, ada beverage yg non-alcohol.
Baru naik kapal 10 minit, dah terhidang sandwiches ni. Aku ngap je sebab memang dah lapar! Huhuhu! Then, lebih kurang 15 minit berlayar, kapten akan berhenti dekat dengan Dataran Lang untuk snap gambar dengan ikon Langkawi, iaitu burung Helang. Oleh sebab ada gambar aku di situ, maka takde la nak share kat sini.
Then, kami berhenti kat tengah laut untuk mandi manda. So ensure korang bawak baju mandi tau? Tuala disediakan. Crew pun friendly. Safety jacket is a must bila nak terjun mandi. Beza dengan kapal Manta Blu, akan ada Jacuzzi sea pool dan 4 jam pelayaran. Damai Indah Lagi ni, RM250/person.
Kami belayar dari jam 4.15pm sampai kat jeti, jam 7.55 malam. Ngam la 4 jam berlayar. Aku pun dah berlengas nak tunggu lama-lama. Lucky me sebab stay kat Ramada by marina ni. Kalau korang nak experience yourself, boleh tengok kat Mantablu.com ye?
May you enjoy!
Bye!
Comments
Post a Comment