Sabah: 7 Suria Hotel Kota Kinabalu, Hajah Velma Borneo Seafood (Area Bulatan Todak)
Day 2 di Sabah, kami dah flat gila! Masa banyak dalam kete je sebab sesak di jalan Ranau ke Kundasang and vice versa! Memang banyak kete orang nak balik kampung sempena cuti raya Cina kah? Wallahualam! Nasib la timing kami cun! Sempat check in and snappy sunset dulu! Perghhhh! Syahdu! Kali ni, kami check in at 7 Suria Hotel, memang attach dengan Suria Mall, Kota Kinabalu! Seronok tak terkata! Aku tak sabar nak massage ni! Hehehe!
Lepas korang masuk parking di Suria Mall, terus naik ke Level 7, lobi ada kat situ untuk memudahkan korang naik lif. Kad parking tu, sebelum keluar, just bagi kat receptionist and sebelum keluar, korang pergi kat parking machine dulu untuk clarify for free! Then, baru boleh guna untuk keluar. Semua makanan dalam peti sejuk adalah percuma! Ya... kecuali produk tenusu tu, KA yang beli kat Desa Fairy Farm tadi. Bilik ni ada 2 katil queens dan bayaran untuk 2 malam under website adalam RM620 tak termasuk breakfast.
Petang tu, sempat ke Pasar Sinsuran (Pasar Filipina) nak cari pearl brooch and souvenirs. Selain souvenirs, bilis mata biru ka ikan kering ka, jangan la kalian beli brooch zirconia macam aku ni tau? Kat Shopee lagi murah dan berbaloi! Melainkan ada brooch atau butang baju Melayu yg bertatahkan suasa dan pearl tu ok kalau nak borong! Setiap kedai. korang try recce dulu sebelum beli. Sebab kat kedai 1st, souvenir kepit kuku ada words Sabah tu, RM21 dia jual! Kedai sebelah, RM18 je! Terkena dah kat situ! Then, baru ke area bulatan ikan Todak tu cari makan.
Lepas beli belah, sebab Pasar Sinsuran tu tutup jam 7 malam camtu. Jalan kaki ke depan sket untuk makan malan. Kami sepakat nak try makan lobster. Baru tangkap isinya manis! Manis betul mulut si penjual ni. Tadi, ada brother tu suh timbang, RM230 untuk seekor. For me, murah dan berbaloi sebab besar! Termasuk dengan upah masak. SF nak merasa ikan bayan (parrot fish) then, amik ikan tu sekor, RM30. Total makanan kami malam ni termasuk air, RM280.
Alhamdulillah! Masakan kamheong untuk lobster tu kami belah dua so dapat la 2 hidangan berlainan. Ikan tu masak nyonya, kami tak berapa nak gemar sebab tengok ekor ikan tu macam belum masak je sebab derang stim kejap je sebelum curah kuah nyonya. Aku rasa camtu la kot? Heheheh! Perut dah kenyang, moh jalan-jalan sekitar! Malam minggu ramai orang kat area Bulatan Todak ni. Sampah sarap pun banyak. Nak massage, kedai tutup jam 10 malam. Postpone jela untuk plan esok.
Esok, nak ke pulau pulak. Let's tidur!
Comments
Post a Comment