Sabah: Day 4, Coco Joe's Bar & Grill Shangrila Tanjung Aru
Plan petang ni, nak sambut makan besar sambil layan sunset dari Coco Joe's Bar & Grill Shangri-La Tanjung Aru. Aku dah booking siap-siap sebab nak dapat meja yang berhadapan dengan sunset. Lastly, kami tak dapat pun meja berdepan dengan sunset sebab petang tu hangat. Kami sendiri yang mintak tukar sebelah dalam! Hahaha!
Rezeki kami, sunset cun hari ni walau tak nampak bulat telur masin tu. But still mesmerized the feeling! Nikmat apa yang kau dustakan? Moh layan menu and makanan yang kami dapat pulak eh? Total kami bertiga, RM350 selepas tolak JOMSTAY yang kami dapat tu 30% dari harga makanan. Harga asal RM500. Just bagitau no bilik, then cahsier akan clarify package dengan receptionist, then settle! Entitle dapat 30% tu! Alhamdulillah!
Esok paginya kami sarapan di hotel. Add on RM34/person untuk dewasa dan boleh tolak duit deposit atau bayar cash before check out je. Layan sunrise around the corner walau nampak sipi je.
Comments
Post a Comment