Hill House Restaurant & Sai Bistro & Bar, Sinae, Phuket

Dari Freedom Beach dengan basah lencun, kami terus ke Hill House Restaurant, Phuket berdekatan dengan Siray Bay. Estimate memandu dalam keadaan santai, dalam 45 minit. Perut dah lapar ni. Tadi lepas mendaki, kami setakat minum air kelapa je nak avoid dari demam! Kali ni, aku pulak yang memandu sebab SF masih semput and rasa pening-loya. Risau aku dia tak sihat sepanjang hari! Dah rehat lebih kurang, she is getting better. Alhamdulillah!









Teh panas pekat melikat yang sedap





So far, makanan memang sedap. Aroy mak! Ada 1 of their staff, boleh berbahasa Kelantan yakni tinggal di Pattani. Molek la kami cakap melayu jela! Sebab English pun Phut english mai dai! Rata-rata pembayaran boleh pakai QR code, tapi aku masih tak boleh guna via Maybank even aku dah roaming Debit Card aku siap-siap. Mujur boleh pakai credit/debit card. Jarang depa nak amik cash sekarang. 

Sepatutnya, lepas makan, kami ke Starbucks Sinae Phuket, tapi kena queue untuk naik ke HillTop. So, postpone ke esok hari. Untuk buang masa yang ada, kami singgah minum di Sai Bistro & Bar, Sinae. 





Makanan di atas, cost us 564Baht. Lepak dalam 30 minit, then kami gerak ke Rawai pulak. Day 2, kami menginap di Ya Nui Resort, Rawai. Kawasan memang luas dengan harga yang berbaloi! Siap ada kolam renang! Tapi aku tak daya nak ambil gambar sebab memasing dah keletihan. Malam ni plan nak massage di Sabai Massage, Rawai! 1,800B for 3 of us! Let's enjoy the moment selama sejam setengah! Walla! 

Zzzzzzz!

Comments

Popular Posts