Promthep Cape, Ya Nui Beach, Phuket Old Town, Rang Hill

Lepas check out, kami terus naik ke Promthep Cape di waktu orang masih belum ramai. Majoriti sekarang ni, pelancong dari mainland ramai! Belum masuk farang (orang dari Barat) datang bercuti ke Phuket. Kawasan parking, mostly adalah percuma. Setakat yang kami singgah setakat ini.






Windmill
Ya Nui Beach
Then, kami terus ke Phuket Old Town dari Rawai beach ni. Kalau musim cantik, panas elok, mesti lagi lawa! Past few years aku dengan MF datang, mendaki kat kawasan Promthep Cape ni. Tapi dengan budak berdua ni, cukup la semalam kat Freedom Beach! Kang pitam lagi, mati aku nak menjawab dengan paklang aku! Huhuhu!

Actually lepas snappy around di windmill, kami terus ke Sinae sebab nak ke Starbucks. Tapi aku compile dengan next episod jalan-jalan ye? Sini pun dah penuh dengan gambar-gambar! Huhuhu! 






Kami decided naik tuk-tuk rather than tercangak nak cari tempat nak tuju. Kami ada misi lain selepas ini. Jalan-jalan sekitar Old Town, 400Baht untuk 1 tuk-tuk. Kami pun tak banyak cekadak nak singgah sini sana sebab rasa tak berbaloi dihimpit ramai orang kala ini. Photobomb di mana-mana! Huhuks! Then, kami naik Rang Hill untuk layan viewpoint Phuket. Driver tuk-tuk yang syorkan kami viewpoint tu.









For me, Old Town ni kiut! Sebab bangunan memang sama macam di Penang. Bezanya, cafe depa ni stunning dengan pelbagai hiasan dan tarikan. Korrakang Cafe yang ada tasik lavender dalam cafe tu pun kami tak sempat nak pergi sebab ramai orang! Kebetulan, hari Ahad diaorang ada night market. Banyak jalan yang ditutup. Kami parking kereta pun dekat dengan Courtyard Hotel Old Town ni. Jalan sket takpe... risau tercalar je kete sewa kami tu. 

Plan your OOTD, kipas, sunglasses and a hat dilupa jangan! 
Selamat bercuti!  

Comments

Popular Posts