Sewa kereta di Phuket
Sawat dee kha from Phuket!
Kali ni, aku angkut 2 orang cousins aku bersiar-siar di Phuket! Agak mencabar jugak kali ni sebab itinerary kami tak jauh dan tak dekat. Nak amik private tour, mahal gila! Better sewa kereta sendiri! Alhamdulillah, dipermudah segala urusan. Just buat IDP (International Driving Permit) di mana-mana JPJ berdekatan anda! RM150 dikenakan untuk setahun. Apa yang diperlukan? IC, Lesen memandu (driver), Passport. Nak mintak orang lain buatkan pun boleh! Aku mintak MF on behalf aku buat di JPJ Bangi. Settled! Jimat cuti guwe! Ahaks!
Lepas drop off kereta sebelum berlepas balik ke Malaysia, 5000B aku tu masih float within 2 weeks waktu bekerja! Sila pulangkan yeee? Amboi-amboi dia! Mujur hujan tak lebat waktu pulangkan kete! Aku dah letak SH & all bags kat international departure. Kang aku dengan SF jalan kaki je ke terminal international dari domestic ni.
So far, jalan di Phuket macam Balik Pulau di Pulau Pinang. Bersimpang siur, kereta banyak, tuk-tuk lagi. Motor jangan cerita la! Jalan raya agak kecil dari Malaysia. Hati-hati memandu tau? Alert dengan simpang ke kiri atau ke kanan. Payah sket depa nak kasi chance mennyelit ke lane lain kalau kita silap jalan. Honk kat sini, normal. Jangan maki hamun pulak kalau depa honk kita. Tu tanda nak bagi kita alert ja.
Apapun, selamat bercuti!
Comments
Post a Comment