Maldives Day 3: Private island day trip, Sun Siyam Olhuveli

Dalam kepala otak kami sebelum ke Maldives, kami bukan sejenis lepak di pantai semata-mata. Sejenis bosan kalau berlamaan di sesuatu tempat. So, we just decided a day trip ke private island pun dah cukup. Buat raso-raso kata orang Nismilan! Hahahahaha! Pakej kami hari ni, berharga $125/person termasuk boat transfer (lambat, tinggal or may cost u another $120 kalau terlepas speeboat balik ke Maafushi), lunch, access to pool, kayak and many more! Sempat la kami naik buggy ke island sebelah Sun Siyam pulak tadi! Harga 1 island with another 2 extra islands kat sini. But a bit private than Olhuveli.
Jam 8.15 pagi kami diberi taklimat pendek oleh Kalam. Yang ke Sun Siyam naik boat sekian, yang ke Aadaran Resort naik boat sinun. Tapi boat kami lebih eksklusif. Timbul rasa ujub di sini! Heh!
Acacah tak pakai safety jacket!
Boat ke Aadaran melepasi kami



Stay sini jap sebelum diberi taklimat ringkas what to do in this private island resort. Sambil tu cuci mata pelancong dari pelbagai negara. Sana sejuk kedi, so peak season kat iklim tropika macam Maldives ni. Mostly cara cakap dari Russia. And tepat sekali telahan aku lepas sorang minah Russian offered us nak snap gambar kami. Dia bagitau dari Russia, nak je sembang ngan kami tapi language barrier pulak.

Kami dibahagikan dengan 2 kumpulan. Ada sebilangan dari kami akan makan di Sunset Restaurant dan setengah lagi di restoran yang disebut di kertas pakej masing-masing. Untuk killed the time kat pulau persendirian ni, aduhaaaii.. nak main kayak, panas namati! Lastly aku dengan SF terus ke pool. Mandi kolam pastu baru sightseeing bila badan dah sejuk lepas berendam di kolam tadi. Kolam ada banyak ye? Yang kami mandi ni 95cm-160cm untuk kedalaman. Untuk kolam dewasa belah sinun (which was adult's area) 95cm-170cm.






Bilik termurah kat sini
Kopi susu ($7) sedap ya Allah! Tunjukkan hambaMu kopi persis rasa ini di Malaysia! Aamin!





Pool edisi dewasa

Sembang dengan crew bertugas di pool dewasa tadi. Dia dari Bali. Baru 3 bulan kerja di Sun Siyam. Sebelum ni kerja di Male. Katanya gaji pekerja resort kat Bali dalam $1++/month. That's why dia merantau dari Bali kerja kat sini. Untuk foreign worker macam dia, gaji dalam $3++/month compared with local person starting $5++/month tapi buat kerja yang sama. Ura-ura bulan 5 foreign worker dan local akan dapat gaji seiring, and she really hope to get some increment sama macam local. Semoga urusan awak dipermudah la ye? Kami nak sambung jalan-jalan ni.
Sun Siyam dan 2 lagi pulau lain di sisi
Masa makan pun tiba! Perut dah teraba-raba lapar!







Mesti la perut Melayu aku memilih nasi! Sempat sembang dengan crew dari Kenya pulak. Seronok pulak sembang dengan orang seantero dunia. Tetiba tengok tiket ke Nairobi! Hakhakhakhak! Lunch buffet kat Sunset Restaurant adalah termasuk dalam pakej. Tapi kopi ais tak termasuk.. ada extra charges. SF ordered hot chocolate dah termasuk dalam pakej buffet kami. Bila air sampai... ehh?? Abam dari Sri Lanka belanje saye kopi ais laaa! Suka kita wak! **Sambil muka gedik-gedik dahaga nak minum air! =p

Do not feed the bird
Pergi resort mahal ni, dalam $5++/night
Misi kami nak naik buggy ke pulau sebelah pulak
Nyaris naik jet car dengan SF! Harga kat Maafushi pun sama je dengan kat private island. Better naik kat sini tadi! Huh!




Sungguh hebat ciptaan Tuhan! 





Jam 4.55pm tunggu di dive centre
Tepat jam 5.05 pm, boat gerak balik ke Maafushi Island yang mengambil masa selama 20 minit perjalanan sahaja

Comments

Popular Posts