Maldives Day 4: Nurse Sharks Package

 

Awal pagi kami dah siap-siap nak memulakan hari kami dengan Nurse Sharks package. Kat sini tak dipanggil island hopping. So, kena pilih apa yang korang nak tengok, nak cari. Kami just lightly nak layan ikan pari, sharks yang jinak semata-mata. Tanak heavy! Sebab hujan di Maafushi sejak subuh tadi. Laut pun bergelora. Pakej kami termasuk lunch dan photo $60/person. Crew akan bagi korang fin, alat snorkel dan towel.
Layan sekawan dolphin lompat-lompat jap
Maafushi ke Fulidhoo Island dalam 45 minit
Nak cari apa kat sini?
Sightseeing pulau jap sementara tunggu turn kami 
Let's meet kawanan pari secara dekat!
Turn geng 'saleh' dulu ambil gambar dan video with them
Turn budak SF main dengan 2 ekor sharks & 6 ekor ikan pari

Akak ni steady je! 
Kau jangan gigit bontot aku ehhh sharkie... parieeee....
Yearghhhh.. ini adalah jerung jinak! Jadi, korang boleh mandi ngan depa tanpa prejudis! Aku dah start rasa nak muntah, pening kepala. Jarum jam menunjukkan jam 1 petang di Maldives... jam 4 petang di Malaysia. Perut aku tak tahan kalau tak makan on time! Nasib tak muntah! Laut bergelora dek hujan malam tadi. Aku suruh SF je terjun snorkel meet the sharks. Aku just duduk diam-diam sambil mulut kunyah asam. 2 orang dalam boat kami dah muntah-muntah tadi. Tapi steady je dia, nak jugak terjun sebab dah bayar pakej termasuk drone. Kena tambah $15/person else $20/2 persons. 
She was floating with sharks, atas tu drone snappy gambar dan video dia. Mesti cantik dari atas tu
Boatman pujuk aku snorkel dengan sharks. Aku buat isyarat tak nak. Kepala pening. Mood terjejas dek makan lewat
After a while dapat jugak makan! Itupun tak lalu dah, perut dah masuk angin. Kunyah epal lelaju sebab nak dapatkan jus dan rasa masam. Nasi goreng tu luak suku je. Pastu takleh telan dah. Rasa tak sihat pulak badan ni sebab all out dengan aktiviti naik turun boat. 
Nasi goreng biasa ja
Last stop, sandbank
Aku malas berjalan, so berenang! 


Sayup-sayup, resort mewah yang ada dekat dengan sandbank. Kami lepak ambil gambar, video pastu dah bosan tatau nak buat apa. Langit mendung, tak panas tak pula hujan. Better la dari langit terang pastu panas namati! Cuma, scene laut tak clear sangat. Lepas 30 minit camtu, kami gerak balik ke Maafushi Island. Tamatlah pengembaraan kami hari ni. Mata dah layu, badan dah lemau. Nak lekas balik bilik mandi dan beradu.

Krrrooooohhhhhhhh!

Comments

Popular Posts