Maldives Day 6: Dreams Grand Hotel to Starry View Hotel
Dari Crossroad, kami selamat tiba di Velana Airport jam 4 petang camtu. Terus ambil luggage and bags kami di storage (arrival area) dekat dengan surau di Velana Airport, Hulhulé. 3 bags kena caj $21. Setel urusan beg, kami beratur untuk check in hotel terakhir kami di bumi Maldives.
Laju je pergerakkan beratur tunggu teksi ni
Sambil layan taxi boat
Sepatutnya kami check in di Dreams Grand Hotel, tapi ada masalah teknikal katanya melibatkan aircond bilik kami. So, kami di-transfer ke hotel lain yang similar. Katanya lebih cantik dari hotel ni. Yelaaah tu! Tapi, bagus jugak tak jadi stay kat hotel ni sebab takde lif nokkk! Kena angkut beg bagak kami meniti tangga ke bilik? Ohhh tidak! Crew Dreams Grand tarik baggage besar kami ke Starry View Hotel tu. Dalam 100m berjalan kaki. Dekat dengan hotel view pantai Hulhumale. Tapi kami malas nak keluar bilik lepas check in. Mengantuk, penat semua bergabung!
Oh.. by the way, dari Hulhulé (Velana Airport) ke Hulhumale kami kena caj MVR85/car. Padahal kami dah install Avas Ride dari Malaysia lagi. Tapi tak guna pun sebab mostly kami naik boat kat Maldives. Teksi pun mudah didapati. Tiada unsur penipuan since kami tiba di bumi Maldives. Cuma green tax charges extra $6 kat Amina Residency je aku tak satisfy sket! Selain tu superb!
Lif pun muat untuk kami berdua sahaja
Kalau terkena kotoran di cadar, bantal, extra charges! Time ni la segala lipstick & foundation terkena kat sarung tilam! Jenuh aku dengan SF sental! Hampeh betul! Last makan retort food malam ni sebab kami malas nak turun keluar jalan-jalan dah lepas memasing pakai baju kelawar!
Hanya ada towel ja! Lap kaki ka towel tangan pun tak disediakan!
Harga bilik Dreams Grand Hotel kami bayar RM477/night. Receptionist Dreams Grand kata harga Starry View similar dengan hotel dia. Masalahnya, very limited barang! Nanti korang nak stay area Hulhumalé better check segala apa yang disediakan sebelum proceed to book.
Pekan Hulhumalé
Kopi Maldives yang sedap!
Termasuk sarapan yang disediakan pinoy
Last minute kami arrange airport transfer, $10/car
Kawasan lobi ada pantry
Tangga agak kecil turun ke bawah
Our taxi under Starry View Hotel
Terbang balik ke Malaysia, kami booked our hot seat. Untuk 2 seats, $74 sebab ambil paling depan semata-mata nak tengok view kiri kanan pulau-pulau cantik di Maldives. Flight balik tak penuh. So aku sekejap ke depan kejap ke belakang nak dapatkan view cantik even langit mendung dari ketinggian 3000 kaki.
Comments
Post a Comment