Kebun Teh & Mitra Resort, Alahan Panjang

 

Jangan terkejut kalau kita tak terpesona bila ke Cameron Highlands kalau kita dah jumpa kebuh teh yang saujana mata memandang hijau dan nyaman bila ke negara lain! Dah la free je masuk, tiada caj tersembunyi. Ada ramai penjaja tepi jalan jual strawberi dan jagung. Boleh tolak dengan adab kalau korang tak mahu beli. Paling tidak, buat isyarat tak mahu sambil senyum.
Banyak jualan bawang kecil di Alaham Panjang
 
Kami snap gambar di Kebun Teh selama 20 minit saja. Mudah kerja si Edi ni! Aduhai! Lebih mudah dapat kami yang tak songeh! Asal ada cafe yang kami singgah, kami ajak je dia makan sekali. Tapi tak semeja.





Kalau korang nak menginap kat sini, boleh check harga kat website
Yang duduk tu Edi, supir kami sepanjang di Padang-Bukit Tinggi


 


Danau Kembar

Air memang tip top sedap!





Kami lepak agak lama di Mitra Resort sebab SF sibuk berpusing nak ambil gambar. Untuk 1 posed, dekat 88 gambar! Huh! Jenuh nak melayan! 😑


Comments

Popular Posts