Masjid Raya Syekh Ahmad Khatib Al Minangkabawi, Padang
Perjalanan kami dari Kuala Lumpur ke Padang smooth. Maklum sajalah, 1st flight ke Padang! tiada istilah flight delays! Semuanya on track. Kami pun sampai 2 jam awal sebab nak santai checked in luggage and masuk immigration.
sebelum sampai ke Indonesia, kita diwajibkan untuk isi arrival form by online. Kalau dah sampai airport baru nak buat, alamatnya lambat korang nak beratur untuk urusan cop passport.
Buka aplikasi All Indonesia. Aku dengan SF just fill in kat aplikasi TnG saja. Search Arrival Card, then Pilih negara mana yang akan kita tuju. Lepas tu, masukkan maklumat passport dan hotel yang korang nak inap. Sepatutnya kena isi 72 jam sebelum berlepas. Kami isi 12 jam sebelum berlepas, memang kelam kabut sebab tetiba dia mintak kami bayar $88? Amboiii?!
Aku tak sure pakej kami dengan supir ni terpaling murah atau masih mahal? nak kata kena scam, tak jugak. Sebelum datang hari tu, untuk kos dengan supir saja tak masuk makan dengan bayaran masuk ke tempat liburan untuk 5D4N, RM920 tau? Aku sembang dengan 2 orang Malaysian, untuk 3D2N dari jam 8am ke 10 malam, dia charged RM400 and sorang lagi pakej termasuk penginapan, makan tengahari & malam, bayaran masuk ke tempat wisata/liburan hanya RM675/person. Aik?
Supir kami, Edi dah sedia menanti di pintu ketibaan airport Minangkabau
Jalan raya di Padang tenang dan bersih
Azan Zohor baru berkumandang. Kami ambil inisiatif nak masuk dalam masjid
Senibina kreatif
Bahagian atas masjid
Khutbah Zohor sebelum solat berjemaah
Okay, jom jemaah!






















Comments
Post a Comment