Kepulauan Mandeh, Padang
Jam 8 pagi, Edi dah sampai Hotel Fahira jemput kami ke dermaga untuk ke Kepulauan Mandeh. Aku malas nak snap banyak gambar sepanjang kami ke dermaga ni sebab takjub dengan keindahan alam buana. Menyelusuri lembah, perkampungan di sawah padi, kemudian ke perkampungan yang ada sungai indah. Bukan setakat tu saja, kami dapat saksikan kawasan 'panas' kenderaan berat naik turun kawasan berbukit di Sitinjau Lauik. Agak creepy sebab jalan sempit dan curam.
Kami chartered boat ke Kepulauan Mandeh. 1 boat IDR700k, tapi dikurangkan 50k.
First stop di Pulau Setan
Sewa gazebo, 50k
Ada dijual gorengan dari penjaja di sekitar
Kena mendaki untuk dapatkan viewed macam ni
Selepas sejam setengah, kami ke next pit stop pulak, snorkelling. Tapi kami hanya bagi ikan makan. Malas nak mandi kat area tu.
Babai Pulai Setan
Kami memberanikan diri naik hingga ke puncak, tapi tak terjun sebab risau terjunan tiruk kami membuatkan semua ikan ikanan bertempiaran lari! Uhuks! Padahal nak naik tangga tu pun dah kaget! Tak lama lagi, runtuh lahh tu sebab struktur tangga besi yang terkena air laut. Safety harness memang zero nokkk! Melainkan pandai berenang atau pakai safety jacket naik ke puncak. Just in case.
Sayup kelihatan tempat helmet diving. Tak mahal pun, dalam IDR200k/person sekali dengan peralatan dan gopro dalam laut. Sebab aku dah cuba kat Boracay, so tamau dah!
Dah masuk kawasan mangrove pulak

Kami singgah kejap je kat Sungai Gemuruh sebelum pelayaran kami tamat. Overall trip ni adalah ikut masa kita sebab kami chartered. Suka hati nak lepak lama ke tak tak Pulau Setan atau snorkell kat kawasan snorkelling tadi. Kat Pulau Setan boleh main jetski atau banana boat. Harga pun berpatutan.
Kalau ikutkan kami, nak ke Pulau Pagang way lawa dari Kepulauan Mandeh. Sebab masa terhad, nak juga masukkan elemen laut, so, pilih je Kepulauan Mandeh as our plan pada hari kedua di Padang.



































Comments
Post a Comment