Apa ada di Tanjung Dawai?

Haa... 
tajuk pun macam tak memberangsangkan. Apa nak buat jika korang sesat (tetiba) kat area Tanjung Dawai? Macam tak mungkin je kalau tersesat kan?
Banyak aktiviti korang boleh buat.
Sama ada nak melawat tapak arkeologi area Sungai Batu, atau naik boat ke Pantai Merdeka!
(Tetiba teringat lagu Cinta Pantai Merdeka) Huhuhu!

Aku ke Tanjung Dawai atas urusan rasmi melawat farm and visit customer. Dah pergi area kolam ternakan ikan, mesti kita pun penat dek panas mentari pagi. Sengaja aku tahan lapar sebab nak isi kekosongan cik perut makan gulai! Yearghhhh!
Ayoooo makan!
Kedai ni terletak dekat dengan simpang dan tepi jalan. Korang alert la nanti. Memula aku segan nak snap gambar. Tapi sebab nak rekod as memory nanti orang tanya mana nak makan kat area Tanjung Dawai, here i can give the answer without prejudice la kan?
Lunch awal daaa...











Ikan tenggiri tu sempoi baq ang! Simple je masakan dia. Goreng makan dengan nasi panas. Letak sket gulai kat nasi. Perghhhh! Lagipun, perut lapaq! Bagi la apa saja, bedal jela! Sambil ngap, kita bincang pasal FCR kat farm ok? Sambil makan sambil cerita hal keja. Sebab inipun, office hour. Hihihihi!
Selit gambar farm customer bela ikan siakap

Ok, siang masih muda. Takde la pulak aku nak buat keja gila naik boat ke Pantai Merdeka pulak. As sekarang memang waktu bekerja. Cuma selit beli belah hasil laut jela area sini. Ikan kering semua tu, datang dari Tanjung Piandang, Kuala Kurau. Ele... dekat ngan rumah mak ayah aku gak. Farmer cakap area sini, ikan bilis memang murah dan kualiti umph! Maka, wajibul la aku beli ikan bilis sekilo dua. 





Ikut jenis
Tak berhabuk, fresh
Sotong sotongan pun ada


Arked sebelah jeti

Bila hari menganjur malam, korang boleh makan kat area tepi pantai area Tanjung Dawai ni. Aku segan nak turunkan tingkap keta untuk snap. Banyak kedai makan. Tunggu nak pilih yang tersedap lagi sensasi je. Oleh sebab kedatangan aku area sini untuk urusan kerja, maka tak boleh la nak buat perangai tetiba otak seminit nak naik boat pergi Pantai Merdeka. Lain kali jela aku repeat nak snap sunset. Kat sini sunset cun. Area Pulau Sayak famous dengan mee udang. Wajib try tu.

Area sini banyak jugak homestay. Nak memancing pun boleh. Tapi bukan kat kolam ternakan la. Korang boleh deal dengan owner boat. 

Sekian dulu untuk hari ni. Nak move on dari gulai jap!

Comments

Popular Posts