KILIM Geopark, Langkawi

Yaaa....
Day 2 di Langkawi.
Hari ni, aktiviti kami padat. Dah lama nak try KILIM Geopark ni, asyik tertunda dengan kekangan masa dan duit! Sebelum ni, bajet traveler kental! Ada limit untuk ke satu-satu tempat. Kali ni, kita buat trip ala banyak duit pulak, ok? (T_T)

Kami check out awal sebab Mirul dah bagitau kena ada kat Jeti Kilim jam 10.15 pagi. Sarapan kat motel je. Sekepala RM6. Ok dah tu. Ada nasi goreng, roti, jem, mee goreng and air kopi dan teh. Buffet. 

Dari Pantai Chenang ke Jeti Kilim dalam 36 minit. Pagi camni tak banyak keta macam petang dan malam area Chenang. Kiri kanan jalan, banyak homestay dan rumah penduduk kampung. Cool and calm je. Kerbau dan lembu pun bebas nak ragut rumput. 






Aktiviti Geopark ni, boleh buat private trip (kira per boat) atau sharing. Yang aku ingat, untuk trip 2 jam, RM380/boat. Tak kisah la korang nak sumbat berapa orang sekalipun. Maksimum 10 orang kalau tak silap. Kami amik sharing, Mirul dah arrange untuk kami sesiap. RM85/person utk trip 3 jam. Kalau dengan agent mesti lagi mahal.

Tepat jam 10.30 pagi, trip kami bermula. Tak sampai 2 minit perjalanan, dah sampai Gua Kelawar. Hati-hati dengan beg dan plastic bag korang. Real mafia is around! 

Abu, our tour guide


Sebab kelawar makan nyamuk! 

"Mafia" in Langkawi

Abu dah pesan, dalam 1 boat kita kena ada kerjasama dalam kumpulan. Saling kenal antara kami. Dalam boat kami paling jauh dari India, dekat sket dari Singapura. Semua ok je sepanjang trip ni berlangsung. Takde songeh dan semua punctual. Boatman pun terhandal bila dia 'drift' kat selekoh sungai tu! Even dalam hati dah mengucap panjang sbb tak reti berenang! Safety jaket tak pakai! Huhuhuhu!

Then, kami singgah floating restaurant pulak. Terpulang kat kita nak order beli makanan kat fish farm tu atau tak? Ikan jenahak, siakap, merah 100g RM16. Kalau lobster RM45/100g. Mantis a.k.a udang lipan RM30/100g. Dalam sangkar tu paling ringan 500g. Ok, fine! Kita try ikan merah saja!
Bagi makan stingray, Abu, Ahmad (lagi seko lupa nama)





Hybrid katanya sekor ikan ni RM85 (dalam 535g)



Yang bestnya, fresh hasil sauk kat sangkar! Kami mintak dia buat 2 masakan. Stim limau dan sweet sour! Stim yg paling awesome! Kena pulak dengan terik kat Langkawi, memang setel cepat la kat situ. Abu bagi kami masa sejam setengah kat sangkar. Then, kami teruskan perjalanan area monyet liar dan eagle feeding.




Abu banyak shared with us the info. Habitat helang, monyet, buaya dan kawasan sekitar Kilim. Pendek cerita, berbaloi untuk harga RM85 untuk trip KILIM. Lepas bagi makan helang, kami ke second fish farm untuk makan tengahari. Yang ni termasuk dalam pakej RM85/person tadi.







Dah kenyang, suka hati, kami terus ke private beach pulak. Nampak kat depan tu koh-koh Thailand. Aku dah tak lalu nak amik gambar sebab dah lemau dengan panas mentari. Ewaaah! 


Trip kami tamat jam 3.15 petang. Boleh faham kan perasaan kami bila dah dapat air cond dalam keta? Duduk bersenang lenang kat hotel? Ohh... tidak... 
More to come beb! Ada surprise untuk MF! Cuma yang dia tau, kena check in kat motel lain pulak kat area Penarak. 
Kami cuma sempat mandi, then jam 4 petang kena keluar ke destinasi dirahsiakan tu pulak. Sebab orang yang in-charge dengan aku mintak datang ke jeti dalam jam 4.30 petang.

Where to?
Jommmms!

Comments

Popular Posts