Restoran Makanan Cina Muslim, Mohd Adam Ali, Puchong

Tujuan kami nak makan singgang kat Kampung Baru, tapi tersasar tujuan dari Semenyih terus ke Puchong sebab AB yang nak belanja. Dia pun tak kisah nak tukar-tukar plan. So, aku assumed, dia okay jela sebab MF pun tak kisah makan mana-manapun.

Siang tadi dah makan ngan NH kat Astana Putra, then sekarang makan malam sama-sama pulak ngan MF. On the spot aku google tempat makan menarik di Puchong walaupun AB macam underrated je muka tu! Hahahah!

Jom plot ke Restoran Makanan Cina Muslim, Mohd Ada Ali Puchong! Our 1st time sampai area Puchong ni, selalu just lalu je tepi highway tu. 






Walaupun tanggapan AB meleset sebab tempat ni masuk ke kawasan industri dan kebanyakan kedai cina, tapi, kami turutkan juga Waze bawak kami malam ni. Perut dah lapar. Dah nampak signage kedai, legaaa.... sebab? Sebab kawasan tu memang happening! Even agak gelap sket. Cuma lampu-lampu kedai menyinari kami.

Aku tak sempat nak snap menu makanan, tapi standard kedai makanan cina la.. Ada pelbagai jenis menu seafood dan ayam. MF nak makan yam basket, so order la 1 set.






Overall semua makanan sedap. MF order teh halia, memang terasa halia nya! Hahahah! Tangan menggeletar nak snap sebab perut dah lapar. So korang boleh try kat sini nanti kalau lalu lalang. According to AB, harga makanan murah dan dia puas hati. Boleh repeat lagi nanti.

~Selamat menjamu selera~

Comments

Post a Comment

Popular Posts