Pos makanan ke luar negara

Salam Ramadhan 2021 bersamaan 1442 Hijrah! 

Masih berkesempatan menikmati zat Ramadhan pada tahun ini. Semoga dipermudahkan segala urusan kalian, di samping mendapat barakah Allah taala selalu. Ameen. Ameen. Ya rabbal alamaeen!

Make this short, aku nak share ngan korang pasal aku dah terkejut kat MBE (Mail boxes etc) Eco Majestic tadi. Yaa... Shark dah bagitau, nak send parcel tambahan lagi produk berupa makanan memang mahal. Tapi aku assumed, mahal tu setakat bawah RM400 la kan? Gambarajah makanan di bawah should be over than 15 kilos. 


Sepatutnya ada kotak kedua berisi pes tomyam, pes limau ikan stim, serunding etc, yang berbotol la senang cerita. So nasib baik la aku belum seal lagi 2 kotak ni sebab aku plan nak seal lepas timbang je beli sekali wrapping ke atau bubble. Mujurlaaaah! 

Sedia untuk menimbang? Berapakah harga penghantaran ke Australia? Okay... kuss semangat! MBE personnel suggested kat aku amik POS Malaysia je sebab brand lain mahal. 'Mahal' tu berapa? Okay, let me share. Negara Australia berada di bawah Zone 4. Korang boleh ke website POS Malaysia untuk maklumat lanjut. https://www.pos.com.my/send/pos-laju/international/economy/air-parcel.html


ZoneCountriesEstimated Delivery Time (Working Days)First 1kgEvery Additional 500g
1Brunei, Singapore5 - 850.004.00
2China, Hong Kong, Indonesia, Myanmar, Philippines, Thailand6 - 1255.007.00
3Bangladesh, Cambodia, Laos, Macao, Sri Lanka, Taiwan, Vietnam6 - 1375.0010.00
4Australia, India, Japan, Pakistan, Palestine, Qatar, Saudi Arabia, United Arab Emirates6 - 1490.0012.00
5Albania, Andorra (France), Austria,
Bahrain, Balearic Islands, Bhutan, Bulgaria, Corsica (France), Croatia, Czech Republic, Gibraltar, Greece, Iraq, Italy, Liechtenstein, Luxembourg, Maldives, Monaco, Nepal, Netherlands, New Zealand, Norfolk Island, San Marino, Slovakia, South Korea, Turkey, Vatican City
7 - 14105.0014.00
6Algeria, Azores, Belarus, Belgium, Bosnia and Herzegovina, Chad, Cyprus, Denmark, Egypt, Estonia, Faroe Islands, Fiji, Finland, France, Germany, Hungary, Iran, Jordan,
Kosovo, Kuwait, Latvia, Lebanon, Lesotho, Libya, Lithuania, Macedonia, Madeira (Portugal), Malta, Mauritius, Moldova, Montenegro, Morocco, Namibia, North Korea, Norway, Palau, Poland, Portugal, Puerto Rico, Romania, Serbia, Slovenia, South Africa, Spain, Sudan, Swaziland,
Sweden, Switzerland, Tonga, Trinidad and Tobago, Tunisia, Uganda, Ukraine, Wallis and Futuna Islands, Zambia
8 - 15120.0020.00
7Other Countries8 - 16140.0024.00

Dah timbang, berat dah menjangkaui 17 kg, so aku terpaksa bajet semula kos penghantaran sebab harga makanan saja lebih kurang RM450. Punggah semula makanan yag betul-betul perlu! So, berat bakal berkurangan la kan? Jangan lupa, rajin buat list kat kertas A4. Macam aku, terpaksa rajin menulis pulak barang apa yang aku nak hantar tu. Perlu diingatkan, Border Security Australia sangat strict! Kang, tak memasal barang korang boleh sampai dalam 2 minggu, tiba-tiba drag sampai berbulan-bulan. Especially makanan berasaskan cecair macam budu.


Dekat column category, korang letak je gift, explains as foods. Untuk bahagian Customs Declaration, sila jujur listkan barangan apa yang korang hantar tu. Thats why aku suggested korang print A4 je sesiap sebelum hantar, boleh kepilkan sekali. Aku ni, newbie, so tak berapa nak reti sangat. Total up untuk 12 kg, RM731.20! Huwaaaaa....Baik aku je pegi Sydney! Hahahaha! Niaya la ini maciam! Tapi takpe, nak raya punya pasal, fikir kesian kat budak Shark yang accident last week, aku tabahkan semula hati ini. Hahahah! Kau tunggu balik Malaysia kang, aku pow ang pulak! Huh!

To update, barang untuk Shark selamat tiba pada 23 April 2021 without prejudice! So, korang boleh budget the kilos and also date bila selamat sampai tanpa kastam checking on it, okay?

~Selamat bersahur, selamat berbuka~

Comments

  1. Kalau berat tak smpai 1 kg..agak² brape ringgit nak nak hntar ke Jepun?😅Maaf la..sy ni nk hntar brang gak ke member tpi Tula. Tatau camne.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau Zone 4, Japan 1kg bermula dengan RM90.

      Delete
  2. Siapa2 yang berminat untuk membuat penghantaran barang malaysia - australia atau negara lain boleh wasap /pm sy www.wasap.my/601111225112/hantarbarang

    *Agent courier international harga murah.berminat boleh wasap terus.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sy nak post sosbNamplawan ke Indonesia boleh ke? J&t x terima jenis cecair katanya.

      Delete
    2. Cuba wasep no courier service tu? kot dia boleh bagitau cara nak post camana ke?

      Delete
  3. Ssaya nak tanya, kalau nk post pes brahim, and kaya yg dlm tin tu bole ke? Takut xbole... Nk send to korea

    ReplyDelete
    Replies
    1. Just buat list, ingredients sesiap.. Rasanya Korea tak strict macam kat Australia.

      Delete
  4. Jika anda ingin menghantar pos oversea, anda boleh consider the best express agent in Malaysia - Collectco jugak. Mereka ada servis seperti send a parcel, send parcel from Malaysia to Singapore :)

    ReplyDelete
  5. Kalau nak hntar kuih raya and perfume non alcohol g china boleh ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. As long as buat list bahan, atau ada ingredients, takde masalah ke Ch. Yang songeh selalu nak lepas border security di Australia. Boleh mintak pandangan courier utk terms n condition. Sebab nak hantar liquid (perfume) tu kan?

      Delete
  6. Salam, saya nak tanya klu nk hantar kuih raya ke kawasan asean boleh ker? Nak list ingredients kuih tu dekat custom declaration ataupun di commercial invoice? Ataupun kena buat di kertas A4 yang lain? Thank you.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lagi satu kuih raya buatan sendiri (homemade bake goods) dibenar atau hanya makanan dlm packaging kilang/store bought sahaja boleh

      Delete
    2. Tak pasti kalau negara lain selain Australia. Klu home made, just ensure balang tu see through. Klu query, maybe akan ada kuih muih yang akan derang buka n check. Kalau bernasib baik, derang just buka parcel and lepaskan je. Apapun, make sure tulis ingredient apa kat parcel siap-siap di custom declaration and invoice. Border strict untuk suspicious parcel.

      Delete
  7. hi sir, boleh tengok contoh list untuk declaration tu ke.. atau apa item yang perlu ada dekat list tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cthnya nak hantar pes tomyam, letak Jenama, ingredients, price (estimate pun boleh). Kalau sekotak tu macam-macam barang, buat list guna excel. Kalau kuih muih buat sendiri, boleh letak ingredients je, harga tu tak perlu. Just declare as a gift ke hape kat remark.

      Delete
  8. kalau hantar barang ke us kena isi form apa2 ke

    ReplyDelete
    Replies
    1. Btw, bukan form. Just the list and ingredients makanan yang kita nak pos tu je. Lain negara lain ragamnya. Utk update di atas, utk pos ke Australia memang kena ada list & bahan. US tak pasti. Just make ur list makanan & harga, takde masalah kot?

      Delete
  9. Salam. Maaf nak tanya pasal harga, camana 12 kg jadi RM731.20? Kalau ikut list harga zone 4 tu, 1st kg RM90, next 500g RM12.
    Kiraan saya: (90 + (12x11x2) = RM354

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi? Salam! Kalau ikutkan gambar di atas, ada Rates & 60% surcharge tu jugak. Ada kiraan mengikut berat kat paling kiri. 12kg termasuk 60% surcharge memang akan jadi RM7++. Itu yang buat jadi mahal.

      Delete

Post a Comment

Popular Posts