KB Tomyam, Kampung Baru

SNA pregnant! Jadi, kami mengikut apa yang mak buyung teringin nak makan. Dari singgang semalam, dia kuis-kuis je apa yang dia teringin nak makan. Dapat rasa, dia puas hati dah! Harapnya tak muntah meloya la ye? Caffeine for her dah dikecualikan! Ciannyer diepppp! Tapi pantang orang order, nak try gak tu! Huh!







SNA terpaksa melayan je kami acah morning walk dari The Face ke KB Tomyam. Permulaannya nak ke Wanjo, tapi sebab mak buyung nak makan roti canai, ternampak kedai yang selalu ramai beratur ni, maka kami singgah. Kebetulan, ada meja kosong untuk kami berempat. Jauh jugak la dia terpaksa menapak! Risau jugak dengan kondisi dia. Huhuhu!

Laksam ni pedas masam dan sesuai untuk mak buyung
Mihun goreng rasa 'kampung'! I like!



Kami hanya merancang. Rezeki kami dah tertulis habiskan semua makanan di meja untuk 4 orang makan. Pastu masing-masing tengok perut sendiri sambil mengeluh. Hari ni, plan kami nak food hunting! Sebabkan Khamis ni puasa, maka kami all out nak sedapkan hati sendiri. Harap kebaya tahun ni muat la ye? Sobs!

Comments

Popular Posts