Club Med Cherating, Pahang (Day 2)

Day 2 di Club Med Cherating, dah agak bijak dalam melaksana apa yang bakal dibuat sepanjang hari ini. Semalam, lepas tarian singa, Mr. Max (GM) dah bagitau, malam ni tema black + glow. Pakai jela baju apa yang ada! Huhuh! Lepas makan, cadang tu nak tunggu train ke private beach, tapi jalan kaki menyelusuri hutan pulak la! 








Archery
Ni bukan tasik ye? Tapi loji kumbahan!


Dalam 10 minit berjalan dari Mutiara Restaurant ke private beach. Dapat la jugak bakar kalori dari memboyotkan perut! Seawal jam 10 pagi, dah dibuka untuk kami melakukan aktiviti pantai termasuk rock climbing! Not our luck, tak pakai kasut sukan, maka tengok jela orang main rock climbing tu! Sobs!
















Lunch date di Rembulan Restaurant

Kami habiskan masa di private beach, nak main bola tampar, takde geng! Lagipun panas ni! Awan memang cantik! Tapi, petangnya hujan renyai. Berbaloi kami habiskan masa awal pagi. Petang, kami ada slot massage di spa. RM350/person selama sejam. For me, tak berbaloi! Sekadar nak merasa 'urutan mewah', dipersilakan. 








Lepas massage, kami jalan kaki ke bukit berhampiran. Kalau rajin, korang boleh terus trekking turun ke private beach. By the way, kalau ikut G.O, jadual jam 3.30petang kalau tak silap. Kalau mendaki sendirian, atas risiko sendiri.









Kali ni, gambar yang aku upload, di dalam 'large' size je. Selalunya extra large nak clear sket. Oleh sebab gambar banyak untuk day 2, terpaksalah compress size jadi kecik ye? By the way, Club Med yang baru akan dibuka di Kuala Penyu, Sabah. Around 90 minutes from KK Airport. Mesti lagi mahal dari Cherating! Sobs! Dinner malam ni, kami naik train ke Rembulan Restaurant sebab aku dah booking semalam waktu checked in. 
Zen Pool (Adult only)
















Ready nak balik ke teater sebab malam ni, tema circus! Ni kali pertama aku tengok mini acrobatic depan mata! Berbakat jugak para G.O ye? Excellent! Before 9pm, ada slot for kids. Layan jap sebelum show bermula.








Comments

Popular Posts