Bandung Day 2: Kawah Putih & Warung Kopi Gunung Ciwidey
Once upon a time, terfikir dek akal fikiran.. Bila la nak sampai kat lokasi filem My Heart? Zaman bercinta dahulu kala. Memasing cop nak jadi Aca Septriasa, dan siapakah gerangan Irwan Shah? Ekhem... Bila makin menua, kaki dah semakin penat naik anak tangga, yaaaa.... lihat lah duniaaaaa!!!! Aku di sini akhirnya! Maafkan aku, Farel! Lambat menemui kamuuuu! Uhuks!
Dari Braga ke Ciwidey ikut map tak lah jauh mana, tapi atas faktor muka bumi, ambil masa dekat 2 jam jugak kalau lewat gerak dari Braga. Kami dah siap jam 7.45 pagi, sampai di Kawah Putih jam 9.08 pagi. Alhamdulillah...
Samada nak terus naik ke atas by kereta atau ikut ontang anting naik turun Kawah Putih. Tiket tak sama harga. Kami decided ikut naik ontang anting sebab nak rasa local vibes sambil menikmati alam semula jadi. Ewaahhh! Agus cakap, kat atas bau belerang kuat. Aku rasa macam biasa je. Takde la sesak hidung bau belerang sangat.
Foreigner, Rp122k/person. Sunan Ibu harga lain pulak, Rp15k/person. Kalau sunrise, Rp143k/personOntang anting
Start naik terasa sejuk & nyaman
Cuaca panas, nyaman dan cantik
Kami sun burn kat Kawah Putih!
Malas nak berfikir panjang, kami hire photographer ambil gambar kami penuh estetik di sekitar Kawah Putih. Sekeping, dia caj Rp10k. Bayangkan kalau 413 keping gambar? Dah la dia zoom gambar kami tak nampak sangat background! Aduhhh! Sebelum korang decided nak hire photographer, ada pro n cons. Kami dapat hak ekslusif nak bergambar tanpa ada ramai orang di sekitar kami posing tadi.
Padahal, ramai orang kiri dan kanan
Kena bayar lagi untuk snap dekat pelantar Kawah Putih
Seberapa banyak pun gambar korang, jangan lupa mintak diskaun! Permulaannya, kami kena bayar Rp3.5 juta untuk gambar kami. Boleh deleted gambar yang kita tak mahu, and reduce price lagi. Photographer kami ni bijak, dia sengaja distract kami tanya keje mana, anak berapa, tinggal mana berapa hari semua la! Sengaja nak bagi kami malas deleted gambar yang kami tak suka la tu kot? Huh! Siap tunjuk kami gambar anak dia kat hp dia lagi? Aku laaaa dia ni! Kang tak layan, dia assumed kami Malaysian people berlagak sombong pulak kan? Uhuks! Lastly, ada 163 keping lagi dia dah mula cuak. Dia bagi kami diskaun lagi. Katanya ni harga dari company. Sebab nak tolong dia, okay la, kami setuju bayar Rp 1.3juta untuk 163 keping gambar. Padahal kami tak suka sangat sebab banyak gambar dia snap dekat. Aku nak background! Huh!
Inilah mamat yang berjaya memperdayakan kami yang baik hati ni! Huh!
Nak cepat untuk ke toilet! Hahahah! Rp2k/person ye
Ready untuk naik ontang anting ke bawah
Jualan area bawah
Diperdaya beli buah strawberi manis Ciwedey
Rp 30/k untuk sebekas (lastly tinggal kat dalam peti sejuk hotel je!)
Agus bawak kami makan di Warung Kopi Gunung. 200 meter je dari Kawah Putih. Ada orang berjualan di bawah restoran. Tapi kami tak semberono beli risau perut masing-masing tak boleh adapt.
Makan tengahari di Warung Kopi Gunung
Makanan kami sedap!





























.jpg)



























Comments
Post a Comment