Bandung Day 2: Kawah Rengganis, Ciwidey

Hari kedua kami adalah di Ciwidey, daerah sejuk di Bandung Jawa Barat. Lepas Kawah Putih, let's ke Rengganis Crater gaisssss! Tak jauh pun jarak antara kawah Putih ke Kawah Rengganis. Di pintu masuk (berkereta), ada kaunter bayaran masuk termasuk parking, minum teh secara percuma & aktiviti. Sepatutnya Agus patut bagitahu kami, ambil VVIP terus je! Kalau VIP still kena beratur waktu nak naik Keranjang Sultan tu. Lane VVIP takde orang pun? Walhal beza Rp50k/person saja. Kami bayar Rp100k/person untuk VIP entrance.

Jangan lupa ambil tiket masuk dan resit!





Mari kita uji kegayatan kita!

Agak sayup nak berjalan ke seberang

Ada orang naik keranjang tu kan? Berani tak?

Agus yang menemani kami turun ke bawah

Lane VVIP takde orang

Nervous
Tiket VIP
Ada 5 keranjang nak ke seberang!
Malaysian people here!

Sila ensure handphone korang pegang dengan baik

Kawah Rengganis
Ada perkhidmatan ambil gambar by DSLR. Korang pilih pakej lebih murah instead 1 gambar Rp10k dia caj. Nanti dia akan transfer gambar ke hp android atau Apple.
Nak patah balik semula pun boleh


Laluan ke Kawah Rengganis

Bau belerang tak kuat sangat

Kalau nak mandi di kolam air panas, silakan. Bawak baju siap-siap

Tak larat dah nak daki anak tangga ke kanopi walk! Ambil gojek je! Sorang Rp15k! Kami belanja Agus naik gojek terus ke parking. Tapi kami kena stop di cafe sebab nak claim teh free.


Let's go!









Berganda cantik dari Cameron Highlands!



Comments

Popular Posts