Remboelan at Senayan City, Jakarta

Hari terakhir di Bandung, kami gerak ke Jakarta jam 9.30 pagi ambil masa selama 2 jam 45 minit (depends trafik pada waktu tu). SF dah beli The Alchemist perfume semalam di Paskal Mall Bandung. Tapi tak jumpa haruman yang dia target nak beli. Bukan setakat dia, dengan aku sekali terjebak beli! Cet! Tapi, misi aku ke Bandung was done dengan jayanya sebab nak ke Kawah Putih semata-mata. 

Next time, target nak ke Tangkuban Perahu. According to Agus (our supir selama 4 hari ni), kawah di Tangkuban Perahu dah tak macam dulu sebab serba serbi mahal especially untuk foreigner. Untuk kami berdua, mungkin kena bayar dekat sejuta Rupiah sebab bayaran masuk saja 300k/person. Belum campur dengan sekian amount nak entrance lain lagi. 

Level 5
SF done bought her perfumes at The Alchemist. Tak sangka harga agak murah. No wonder influencers sanggup je datang Jakarta macam KL ke Penang je lagaknya! Huhuhu! Imagine la, sebotol hanya 299-399k, paling mahal pun room scents 499k/ botol, 200ml pulak tu! Aku fikir pasal luggage hanya 10kg je ni.. kalau over than that, dah lama aku terjebak teruk! Huhuhu! Mujurlaaaahhhh!


Randomly the crew asked to pick any yang kami berkenan. 

Mula makan, manis nak mati! Lepas dah beberapa kali suapan, fuhhh! Sedap!
Kentang disalut gula melaka

Bahasa Banjar, wadei kipeng. Tapi under menu bukan nama tu. 


Bakwan sayur cicah dengan kuah kacang.. Ya Allah! Sedap!
Pulut salut kelapa, aku dah mula makan main-main sebab dah kenyang





Dah mula merindui masakan Indonesia! Really want to come again! Jakarta ni, tak puas jalan-jalan lagi! Shopping pun tak sempat! Kena bawak baju pergi je.. Balik pakai baju baru! Ehek!

Usha tiket sekarang! =p

Comments

Popular Posts