Bandung Day 2: Situ Patenggang, Ciwidey
Ada apa di Ciwidey? Selain terdapat Kawah Putih & Kawah Rengganis, anda akan disajikan dengan panorama ladang teh yang saujana mata memandang! Bukan tu saja, ada banyak kebun strawberi yang anda boleh petik sendiri atau beli direct dari penjual strawberi tepi jalan. Tak mahal pun... kira-kira Rp30k/pack. Jangan lupa bargain! Kadang dia letak harga tinggi, then jatuh 2 pack, dapat Rp50k saja.
Tasik Situ Patenggang
Waktu kat Kawah Rengganis kena beli tiket VIP 100k/person tu kan? Haa.. jangan buang tau? Masuk ke Situ Patenggang still nak guna tiket masuk tu. Tak perlu bayar apa-apa. Kalau beli tiket VVIP Rp150k/person dah tak perlu nak bayar keranjang kat tasik lagi.
Korang boleh pilih nak naik perahu dayung atau bermotor. Kami pilih yang berdayung sebab lebih estetik! Kocakan air pun takkan over waktu nak bergambar girang atas air nanti. Then, kami chartered 1 boat which was bukaan harga dia letak 450k/boat. Tapi Agus dah pesan, boleh tawar harga lebih rendah dan dia pun ada bagitau kami, sekitar 300k/boat saja. Aku memulakan langkah habis duit beli strawberi la, naik keranjang sultan la, kena tipu gambar kat Kawah Putih sampai sejuta la... lastly... aku sendiri offered him.. Kalau 300k/sampan pak.. saya mahu! Demi Farrel dan Luna! Ehhh tibeh! Terus bapak tu setuju! Okay, marilah kita menaiki sampan! Kayuh kayuh sampai penat ke Pulau Asmara! Ehek!
Ibu-ibu aktif yang masih tunggu sampan penuh sebelum berlayar
Rp30k/person add on gopro hanya Rp25k
Chalet yang terdapat di tepian tasik
Nak bergambar kena tambah duit lagi
The best coffee ever sewaktu di Bandung!
Kami malas nak main zipline (flying fox)
Hari kian sore, berkabus
Tak larat dah nak singgah untuk bergambar
















































Comments
Post a Comment