Bohol: Travel like a local

Mabuhay ganda!
Trip hari ni, kami dah bersiap-siap lepas solat subuh waktu sini. Makan, then tunggu driver yang kami hire dengan Ramil Palileo Tour Packages. EK dah awal-awal arranged. Dia pulak yang terpaksa cancel. Takpalah. Kami teruskan aktiviti kali ni tanpa EK. Harga untuk 8 jam tour ni, merangkumi:
*Loboc Adventure Park
*Bilar Man MAde Forest
*Sevila Native Hanging Bridge
*Chocolate Hill
Depa caj kami P2,000 utk 1 kereta sedan. Driver kali ni, suka nau bercerita pasal sejarah. Layankan jela. 

Kami terus ke Chocolate Hills. Entrance fee: P20/person. Dah mula hujan. Mujur tak lebat. Kami harung ja sebab dah sampai.
Sayup nampak hills yang berbonggol-bonggol tu.
Layan bunga. Jenuh nak meniarap untuk scene ni! 
Lihatlah dunia! Awan dah berarak nak hujan lagi ni!
Kena naik tangga utk tengok view camni. Stamina mau ada naaaa...

Sumber google: Waktu cuaca elok, dapat la scene camni. 

Waktu perjalanan nak ke sini tadi, kami singgah snappy kat Bilar Man Made Forest. Tak ingat kenapa depa panggil nama tu. Driver ada cerita. Aku la lupa. Layan gambar jela.
 Jalan raya biasa ja. Tapi pokok-pokok dia cantik.
Hati-hati. Make sure takde keta time nak posed tengah jalan camni. Bahaya kat selekoh tu. 

Kami ke Chocolate Hills Adventure Park. Entrance fee: P20/person. Then memasing naik Sky biking, P450/person dan extra charges untuk nak gambar P100 (inc soft copy). Total ni saja P550/person. Kat Filipina ni, tips tu is a must. Kang depa buat muka kalau kita tak letak dalam tabung tips tu. Tapi kat sini, kami tak bagi pun. Ikut tempat jugak kami bagi tips. Hehehehe!
 Ini view dari Chocolate Hills Adventure Park.
Lawa scenery ni. Gambar kitaorg mengayuh, takyah la ya? Jarak sky biking ni 100 meter. Kena beranikan diri. Jangan pandang bawah.

Selain dari aktiviti sky biking, ada zipline and many more! Sedia duit ja. Kami aimed memang nak naik sky biking ja. Dok gelak-gelak tengok orang buat zipline, kami dah gerak ke next aktiviti. 

Tarsier Conservation Sanctuary! 
Entrance fee: P60/person. Binatang yang aktif hanya pada waktu malam, dan spesis monyet terkecil di dunia! Wow! Snap gambar dia, tido je! Pastu kena zoom. Pecah gambar!
Gambar pecah sebab zoom teruk. Hp murah... biasalah! Heheheh!

 Ni aku kutip kat google. Kecik dari tapak tangan dewasa.
Sumber google.
Souvenir kat sini, berpatutan. Kami bertiga beli souvenir dari sini ja. Pastu dah penat nak mengangkut. Aiyooo!

Seterusnya, kami ke Twin Hanging Bamboo Bridge. Kamt sini, banyak souvenir macam t-shirt murah. Jangan lupa bargain. Dengan syarat, korang kena menyebarang jambatan ni dulu. Entrance fee: P20/person. 
 Jambatan ni dah senget-senget waktu aku lalu. Terasa tau? Huh!
 Jambatan nak menuju keluar selepas menyeberang.
 Bebudak ni rilex je bersiul sambil menyeberang. Takkan kami takleh kot?
Nanti ada jurugambar yang akan amik gambar. Terpulang la korang nak beli ke tak. Harga, aku tak ingat berapa. Tapi aku beli sebab gambar dr atas bridge takde.

Then, kami ke Loboc Adventure Park! Bayaran masuk takde. Nak main baru bayar. Kali ni aku ngan NH je berani naik. FR takut! Booooooo! 

Oleh sebab kami kental, kami pilih Zipline Superman! Harga P400/person. Kalau pergi balik naik zipline, kena bayar P600/person siap gambar kalau tak silap aku la. Kami amik yg P400 je. Balik naik cable car.
 Oleh sebab aku buat video waktu fly tadi, masa balik je la aku snap secara aman dan tenteram. Bayangkan kami 'terbang' tadi dengan ketinggian paras ni?
Layan Loboc River dari pandangan atas. 

Teruja beno naik Zipline Superman ni. Macam aku pernah naik kat Boracay ngan EK dulu. Best sangat! Kali ni, panjang lagi dari Boracay. View pulak, sungai ngan hutan. Lagi la wuuuu-wuuuuu je sepanjang terbang tadi. 

Perut pun dah lapar. Driver suggested kami makan kat Floating Lunch. Macam menarik je bunyinya? Worries not, kami amik pakej makan tumbuh-tumbuhan je! Memang betui jadi herbivor waktu atas boat tu! Boat?
Yes! Boat. Harga makan lunch kami P392/person. memula ingtkan setakat makan kat floating restaurant je... Rupanya dia cruising Loboc River! Best!

Bukan setakat makan je, kami diperkenalkan dengan masyarakat asli kat Bohol. Ati Tribe.
 Ni la boat yang bawak kami 'makan' tu.
 Amik makanan kat tengah tu. Buffet.
 Kat perkampungan Ati.
Kaum Ati.
Check point restaurant kat bawah jambatan tu. 

Tamat lah sudah pengembaraan kami untuk hari ni. Memasing balik bilik dah letih. Kami dh book sesiap dengan pihak hotel nak mengurut jam 8 malam nanti. 

What's next?

Comments

Popular Posts