Bohol

Pepagi lagi kami dah check out. Tahan taxi saja. Kena caj lebih walaupun dekat je. Malas cerita banyak sebab kami risau terlepas feri. Aku dah arrange dengan BoholLife Tour. Ada Taxi transfer dari Bohol ke Panglao Regents Park Hotel, 1 way ferry ticket, Island Hopping Balicasag & Virgin Island. Semua ni P4,450 untuk 3 orang.

Terminal fees: P20/person
Luggage (big): P50/bag
Cebu-Bohol (Tagbilaran): P500/person (Ocean Jet)

Dari terminal Cebu ke Tagbilaran amik masa 2 jam. Sempat la kami makan kat kafeteria  sebelum feri sampai. Jam 8 pagi, kami dah babai Cebu. 

Sampai ja kat Terminal Tagbilaran, pemandu dah tunggu dengan board nama aku tertulis  kat situ. Kena tunggu bag dulu, then terus naik taxi ke hotel. 30 minit kemudian, kami dah lambai-lambai Alona Beach! Dari Panglao Regents Park Hotel ke pantai Alona, dalam 10 minit jalan kaki melenggang kangkung. Kalau style kartun, 5 minit dah sampai. Rumah urut pun banyak. Siyookkk la! Memang tunggu masa nak mengurut ja ni! Murah pulak tu!

Dapat check in awal, lepas letak beg, terus punggah barang nak masak. Baki bawang ngan cili padi ada lagi. FR la chef kali ni. Aku tukang basuh pinggan ja. Hehehehe!
View dari tepi bilik kami. 
Masak kari ayam dari pakcik Brahim! Tengkiu sebab buat perisa ni! Sedap!

Setel makan, kami takde masa nak rehat pun. Sebab dah deal island hopping Balicasag & Virgin Island jam 12 tengahari. Boat man siap jemput kami berjalan kaki ke hotel. So, kami pun berexercise jugak la berjalan ke boat. Untuk island hopping saja, kami amik private. Cost us P2,300/boat. Harga ni dah termasuk dengan pakej yang aku amik kat BoholLife tadi. Cuma, kalau nak makan kat pulau, kena tambah P500/pax. Harga untuk live jacket dan snorkel tool kena tambah lagi. Kami tak amik pun semua tu. Pakai jacket dr boat je waktu turun ke Balicasag island.

Oleh sebab kamera berwap, kualiti gambar tak best jadi kabur. GoPro NH pun tak bawak. Kebetulan dlm pjalanan ke Balicasag Island, kami terserempak dengan sekawan dolphin. Tak sempat snap sebab memasing amik video. Boat man kata, kami lucky sebab dapat jumpa time tengahari. Kalau tak, boat man ni offered kami awal pagi esk jam 5.30 pagi chase geng dolphin. Tapi dah jumpa on the way ni, jimat P2,000 di situ. 
Boatman kami.
 Bagi ikan makan roti. Nasib la kami dah kenyang makan nasi tadi.
 Kamera kabur. 
Virgin Island. Ni kawasan penganut kristian beribadat. yang tepi laut tu statue Jesus nak diselamatkan dengan orang-orang ni kot?

Gambar tak menarik nak share sbeab kabur. Bertabahlah. So, kami sampai Alona Beach sebelum senja. Langit pun mendung ja. Sempat la kami g mengopi sebelum balik hotel. 
 Banyak bingka kat sini.
 Langit mendung. Ada banyak kedai makan dan ATM kat kawasan kedai sini.

Kami sempat beli nasi je kat 1 restoran ni. Then, masak kat bilik je. Malam, kami g massage. Lega!





Comments

Popular Posts